Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.lis] | منوليس

Definisi : 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis oleh­nya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, meng­gambar, melukis: laksana gambar baru di­tulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.lis] | منوليس

Definisi : 1 membuat huruf dll dgn menggunakan kalam, pensel, pena dll: Murid-murid darjah satu baru saja belajar ~ A, B, C. 2 menyatakan fikiran atau perasaan dgn tulisan; mengarang. 3 membuat kain batik dgn tangan; membatik dgn tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,

Peribahasa

Menyurat di atas air.

Bermaksud :

Memberi ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menulis di atas air).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
المكاتبةmukātabatAgama IslamHadithSeorang guru menulis Ḥadīth atau menyuruh orang lain menulis sebahagian Ḥadīthnya untuk diberikan kepada seorang murid yang hadir bersamanya atau yang tidak hadir bersamanya dan ia menghantar tulisan itu kepadanya melalui seorang thiqat.
blank chequecek kosongEkonomiTiadaCek yang dikeluarkan oleh pemilik kepada seseorang atau sesebuah organisasi tanpa menulis jumlah tertentu wang, dengan kepercayaan penerima tersebut akan menulis jumlah wang mengikut urus niaga yang telah dilakukan apabila mengetahui nilai arus niaga tersebut.
terasulterasulKesusasteraanTiadaKitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba.
CD-RWCD-RWTeknologi MaklumatTiadaAkronim untuk CD boleh tulis semula. Teknologi CD-ROM membolehkan pemacu CD-RW memadam dan menulis data berulang kali. Dahulunya disebut CD-E iaitu CD boleh hapus. Pemacu CD-RW boleh membaca dan menulis cakera CD-RW dan juga membaca cakera CD-ROM dan CD-R. Bagaimanapun cakera CD-RW tidak boleh dibaca oleh pemacu CD-ROM sekiranya proses penulisan cakera tidak ditamatkan. Harga CD-RW lebih mahal daripada CD-R. Lihat CD-R.
writing readinesskesediaan menulisPendidikanTiadaTiada
writing activityaktiviti menulisPendidikanTiadaTiada
writing readinesskesediaan menulisSosiologiTiadaTiada
writing mechanismmekanisme menulisKejuruteraanTiadaTiada
writing in the marginmenulis dalam biraiPentadbiran PerniagaanTiadaCiri mesin rencana yang membolehkan pengasas membuat pembetulan atau arahan pada trek yang lain.
access controlkawalan capaianFarmasiFarmakologiPenentuan capaian kepada suatu sistem komputer yang diberikan kepada pengguna yang sah setelah pengesahan dan penentusahan dilakukan. Capaian yang dimaksudkan ialah kebenaran untuk membaca, menulis dan melaksanakan program. Hal ini bermakna pengguna yang tidak sah tidak boleh mencapai sistem komputer tersebut. Penentuan capaian kepada suatu sistem komputer yang diberikan kepada pengguna yang sah setelah pengesahan dan penentusahan dilakukan. Capaian yang dimaksudkan adalah kebenaran untuk membaca, menulis dan melaksanakan program. Hal ini bermakna pengguna yang tidak sah tidak boleh mencapai sistem komputer tersebut.,Penentuan capaian kepada suatu sistem komputer yang diberikan kepada pengguna yang sah setelah pengesahan dan penentusahan dilakukan. Capaian yang dimaksudkan adalah kebenaran untuk membaca, menulis dan melaksanakan program. Hal ini bermakna pengguna yang tidak sah tidak boleh mencapai sistem komputer tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas