Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.buh.kan] | منومبوهکن

Definisi : 1. menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah: baja ini gunanya utk ~ benih semaian itu dgn cepat; 2. menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dll) dgn sempurna, memperbesar, memperkembang: tidaklah lebih menguntungkan bagi Filipina utk pindah kpd bahasa Melayu-Indonesia drpd ~ bahasa Filipina itu; 3. mendatangkan (menimbulkan, menerbitkan) sesuatu perasaan (perselisihan dll): pertentangan mata antara gadis dgn pemuda itu akhirnya ~ kasih sayang yg tiada taranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.buh.kan] | منومبوهکن

Definisi : 1 menjadikan tumbuh atau hidup; memelihara su­paya berkembang atau bertambah besar. 2 menimbulkan atau mem­bangkitkan sesuatu perasaan: Apa yg ~ perselisihan itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
meristem culturekultur meristemBioteknologiTiadaKultur untuk menyimpan dan menumbuhkan tisu meristem tumbuh-tumbuhan, iaitu tisu yang mempunyai sel yang menjalani pembahagian mitosis dengan pesat. Setelah itu, tisu mengalami pembezaan menjadi tisu baru yang diakhiri dengan pertumbuhan.
mediummediumBiologiMikologiSubstrat, sama ada bahan atau larutan, yang diperlukan untuk menumbuhkan kulat dan mikroorganisma lain.
synthetic mediummedium buatanBioteknologiTiadaMedium yang mengandungi sumber zat pemakanan untuk menumbuhkan organisma tertentu, atau untuk proses fermentasi dalam keadaan semula jadi yang kandungan dan kepekatan komponennya diketahui.
isolationpemencilanBiologiPatologiPengasingan mikroorganisma yang diduga menyebabkan penyakit daripada perumahnya. Dalam patologi tumbuhan, kaedah ini meliputi pensterilan permukaan bahagian perumah yang terjangkit dan menumbuhkan mikroorganisma yang menyebabkannya pada medium tertentu.
serendipityserendipitiFarmasiTiadaPenemuan sesuatu yang tidak dijangka dan bernilai sewaktu mencari bahan yang lain. Contohnya, penemuan kesan antibakteria dalam penisilin oleh Sir Alexander Flemming sewaktu menumbuhkan kultur bakteria.

Kembali ke atas