qada’ | menunaikan kewajipan | Perniagaan Islam | Tiada | Pelaksanaan tugas yang sama, sebagai ganti kepada tinggalan tugas tersebut pada masa lalu. Contohnya, pembayaran cukai yang tidak dilaksanakan pada tahun lalu mesti dibayar, walaupun tempoh taksiran telah berlalu. |
on default in compliance with request | apabila tidak menunaikan permintaan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
ada’ | melaksana | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal menunaikan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh syarak pada waktu yang telah ditentukan. Tanggungjawab yang wajib ditunaikan seperti melunaskan hutang, membayar harga produk yang dibeli, membayar sewa atau melaksanakan perkhidmatan yang dipersetujui. |
ada’ dayn | melaksana hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal menunaikan atau melangsaikan hutang sama ada hutang pinjaman, jual beli atau denda. Pelangsaian hutang boleh dilakukan oleh penghutang sendiri atau pihak lain. Sinonim wafa’ al-dayn. |
defaulter | pengingkar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pengingkar: Individu yang tidak menunaikan kontrak atau obligasinya. |
breach of promise | mungkir janji | Undang-undang | Tiada | Tidak menunaikan janji, biasanya janji untuk berkahwin. |
daman ‘uhdah | jaminan janji | Perniagaan Islam | Tiada | Tanggungan untuk menunaikan sesuatu yang telah dijanjikan. Contohnya, dalam urus niaga jual beli bertangguh, pihak penghutang hendaklah menyegerakan bayaran hutang mengikut tempoh yang dijanjikan. Dalam perkhidmatan penghantaran cepat pula, unsur jaminan penghantaran dalam tempoh tertentu adalah sangat penting. |
accountability deficit | defisit kebertanggungjawaban | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kelemahan atau kekurangan dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada individu atau organisasi pada tahap yang sepatutnya. Individu yang diberikan tanggungjawab, menjalankan tugas secara sambil lewa, lalai, leka dan tidak serius seperti melepaskan batuk di tangga. Defisit ini boleh berlaku kerana kelemahan individu seperti etika kerja yang lemah, tamak, ego, kurangnya pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni, tidak bersikap professional, kurang dedikasi, tidak nampak kelemahan sendiri dan akibat tekanan hidup yang tinggi. Defisit kebertanggungjawaban akan menjejaskan pengurusan dan pencapaian misi serta objektif organisasi, menggugat kepercayaan orang awam serta melemahkan semangat kerja berpasukan. |
أهلية الأدأ | kelayakan melaksana | Agama Islam | Fiqh | Seseorang yang mempunyai kelayakan untuk menunaikan tanggungjawab syarak. |
kamil ahliyyah | kelayakan sempurna | Perniagaan Islam | Tiada | Kesesuaian individu dari sudut penerimaan hak dan menunaikan kewajipan, yang berkuat kuasa sebaik sahaja dilahirkan sehingga meninggal dunia. Individu tersebut layak melaksanakan segala bentuk kewajipan bermula ketika baligh, berakal serta tidak muflis. Lihat juga ahliyyat wujub kamilah, ahliyyat ada’ kamilah. |