conspicuous consumption | penggunaan lagak | Sosiologi | Tiada | Perihal berbelanja dengan boros atau berlebih-lebihan kerana hendak menunjuk-nunjuk atau menarik perhatian ramai. |
cliche | klise | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah. |
phallic stage | peringkat falik | Psikologi | Psikologi Umum | Peringkat dalam perkembangan personaliti ciptaan Freud. Menurut Freud, kanak-kanak yang berada pada umur antara 3 hingga 6 tahun akan membina personaliti falik apabila mereka gagal meneruskan perkembangan sihat dalam tempoh ini atau berlaku fiksasi. Pada peringkat ini, kanak-kanak berkenaan dikatakan berkemungkinan besar akan tertarik kepada ibu atau bapa yang berlainan jantina dengannya sehingga membawa kepada konotasi terkenal, iaitu kompleks atau konflik Oedipus. Individu yang mempunyai personaliti falik akan mempamerkan tingkah laku yang angkuh, berlagak, menunjuk-nunjuk, bangga dan narsisistik (cinta diri). |