Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : memukuli dgn rotan (sbg hukuman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : 1 membersihkan sesuatu dgn menggunakan sapu: ~ lantai. 2 mengesat atau mengelap dgn sapu: Dia ~ matanya dgn tuala kecil. 3 melumas sesuatu (dgn): Dia ~ dinding biliknya dgn cat biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyapu

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Menyapu tangan anak Raja Cina;
Lah malang tangan celaka tangan,
     Di dalam tangan diambil orang pula.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retroussageretruseKesenianTiadaTeknik menyapu dakwat pada permukaan plat guris tanpa menyentuh dakwat pada alurnya.
froutinglumas wangiKesenianTiadaAmalan menyapu minyak wangi pada pakaian. Popular pada abad ke-17 di Eropah.
daubingpalitKesenianTiadaPalit: Proses menyapu cat pada sesuatu permukaan dengan bersahaja tanpa memperlihatkan kemahiran.
primingpenyebuanKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses menyapu dan mengecat permukaan pertama dengan selapis bahan penyalut dengan tujuan untuk memudahkan penyalutan lapisan kedua pada bahan tersebut. Cara ini menghasilkan rekatan kemasan yang baik.
conditioning precedureprosedur pengkondisyenanPerubatanTiadaProsedur menyapu asid pada permukaan enamel untuk mengubah dan menyediakan permukaan enamel menerima bahan restorasi.
primingpengecatan dasarKesenianTiada1. Proses menyapu cat dasar.
acid etchetsa asidPergigianTiadaProsedur menyapu asid ke permukaan gigi untuk menghasilkan permukaan yang kasar bagi mendapatkan pegangan bahan restorasi ke permukaan gigi.
bastelumurMakanan dan PemakananMakananProses menyapu atau meletakkan bahan tertentu pada makanan semasa makanan tersebut sedang dimasak. Proses melumur ini bertujuan untuk melembapkan makanan dan seterusnya memberikan rasa kepada makanan tersebut. Contoh makanan yang biasa melalui proses ini ialah daging. Manakala bahan lumur yang biasa digunakan ialah mentega cair, sos dan jus.
spatulaspatulaPentadbiran PerniagaanTiada1. Alat untuk menyapu dan meratakan aising atau krim mentega di atas kek untuk dihias.
bastelumurPentadbiran PerniagaanTiada2. Lumur: Proses menyapu cecair ke atas makanan yang sedang dimasak dengan berus atau senduk untuk membasahkannya.
123456

Kembali ke atas