operating system virus | virus sistem pengendalian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kategori virus yang menyasarkan fail sistem pengendalian. Virus ini menjangkiti: 1. fail yang dilancarkan semasa permulaan sistem, iaitu fail yang sering disasarkan oleh virus sektor, 2. fail yang digunakan untuk menguruskan sumber sistem komputer, iaitu yang sering disasarkan oleh virus sistematik, atau 3. fail pustaka seperti fail �*.DLL�. |
female violence | keganasan wanita | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan yang berasaskan gender yang menyasarkan wanita sebagai mangsa. Jenayah ini melibatkan penderaan lisan, fizikal, psikologi atau seksual terhadap mangsa. |
child trafficking | pemerdagangan kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk pemerdagangan manusia yang menyasarkan golongan kanak-kanak. Bentuk pemerdagangan ini termasuklah eksploitasi seksual kanak-kanak yang terdiri daripada pelacuran, pornografi dan seks pelancongan kanak-kanak. Tindakan ini memberikan implikasi negatif terhadap perkembangan diri, keselamatan dan kesejahteraan psikososial kanak-kanak tersebut. |
female murder | pembunuhan wanita | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pembunuhan yang pada lazimnya dilakukan oleh lelaki dengan menyasarkan wanita sebagai mangsa kerana mangsa ialah wanita. Contohnya, pembunuhan wanita yang dilakukan oleh lelaki kerana perasaan kecewa terhadap wanita tersebut. Contoh lain ialah pembunuhan bayi oleh ahli keluarga kerana bayi itu perempuan. |
hate crime | jenayah benci | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang bersifat prejudis dan didorong oleh perasaan benci yang menyasarkan seseorang kerana individu tersebut dikaitkan dengan sesuatu bangsa, agama, orientasi seksual, ideologi atau kumpulan sosial. Contohnya, mangsa yang dibunuh kerana perasaan benci pelaku jenayah akibat keterlibatan aktif mangsa dalam mana-mana kumpulan sosial. |
sector virus | virus sektor | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menjangkiti sektor but pada cakera komputer atau disket. Virus ini sentiasa menyasarkan ruangan but cakera kerana ruang ini mengandungi arahan dan atur cara pertama yang akan dimuatkan ke dalam ingatan sebagai sahaja komputer dimulakan atau disket dimasukkan pada komputer. Setelah menjangkiti sektor but, fail asal dalam sektor ini akan dipindahkan ke sektor lain dalam sistem komputer yang akan ditandakan sebagai rosak. Peningkatan kadar sektor storan yang rosak secara mendadak menunjukkan kewujudan virus sektor. Contoh virus sektor ialah BRAIN. Sinonim virus sektor but. |
genocide | genosid | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Jenayah yang dilakukan dengan hasrat untuk memusnahkan sesuatu kumpulan nasional, etnik, bangsa atau agama, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya. Jenayah ini lazimnya menyasarkan anggota sesuatu kumpulan yang dilindungi, dan tindakan genosid merangkumi perbuatan membunuh, mendatangkan kemudaratan, mengenakan keadaan hidup yang dijangka akan membawa kemusnahan fizikal, mengenakan langkah untuk menghalang kelahiran, atau memindahkan dengan paksa kanak-kanak sesuatu kumpulan ke dalam kumpulan lain. Genosid boleh menjadi sebahagian daripada jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan, dan boleh menjadi jenayah tersendiri. Triti yang diwujudkan bagi mengatasi jenayah ini ialah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid. |
cyberattack | serangan siber | Teknologi Maklumat | Tiada | Sebarang percubaan niat jahat yang sengaja dilakukan oleh mana-mana individu, pihak atau organisasi untuk mengambil kesempatan dengan mendedahkan, mengubah, melumpuhkan, memusnahkan, mencuri atau mendapatkan akses tanpa izin yang menyasarkan sistem komputer atau jaringan komputer dengan menggunakan satu atau lebih komputer penyerang. |
distinctive emblem | lambang pembeza | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tanda yang diiktiraf oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa bagi membezakan pegawai perubatan dan agama, unit dan pengangkutan perubatan, kakitangan dan harta Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa daripada golongan penempur dan objek ketenteraan. Seseorang yang menyasarkan orang atau objek dengan lambang pembeza telah dikira sebagai melakukan jenayah perang. Seseorang yang menyalahgunakan lambang pembeza juga dianggap telah melakukan jenayah perang. Antara lambang pembeza yang diiktiraf dalam undangundang kemanusiaan antarabangsa ialah palang merah, bulan sabit merah dan kristal merah. |