Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.but] | مڽبوت

Definisi : 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.but] | مڽبوت

Definisi : 1 mengucapkan (ben­­da, orang dsb); memanggil atau menyeru nama: Pesakit itu sering ~ nama anaknya. 2 memberi nama (gel­a­r­an, panggilan) pd sesuatu; meng­gelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada. 3 mengucapkan sesuatu perkataan; me­lisankan atau melafaz­kan (kata dsb): Selepas diajar mengeja, mereka diajar pula cara ~ kata-kata yg dieja itu. 4 mengatakan atau membincangkan sesuatu; memperkatakan: Berita itu tidak pula ~ sebarang kemalangan jiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyebut

Puisi
 

Tenang-tenang air laut,
     Sampan kolek mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Orang benci kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah.

Bermaksud :

Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya. menawakkan = menggerakkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ذكرلىmenyebutAgama IslamHadithlihat: قال
denominate (numbers)menyebut (nombor)MatematikTiadaNombor yang disertai dengan unit sukatannya.
dyslaliadislaliaPerubatanTiadaKesukaran untuk menyebut atau bercakap kerana ketaknormalan lidah atau organ pertuturan luar yang lain.
dysarthriadisartriaPerubatanTiadaKesukaran untuk menyebut perkataan, biasanya disebabkan gangguan sistem saraf dan otot pertuturan.
versionversiKesusasteraanTiadaBentuk atau kelompok cerita yang sama atau sejenis tetapi berbeza dengan bentuk dan kelompok cerita yang lain walaupun berasal dari satu cerita yang sama. Contoh: Sejarah Melayu ada versi yang menyebut pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat dan ada pula versi yang lain menyebut pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Kasturi.
تدليس الاستدراكtadlīs istidrākAgama IslamHadithPerawi yang menyebut Ḥadīth daripada seorang guru dan dia berkata “Ḥadīth itu bukan guru itu yang menyebutkannya tetapi disebut oleh guru lain”, dan ia menyebutkan namanya dengan menggunakan lafaz yang seolah-olah ia telah mendengar Ḥadīth daripadanya.
black propagandapropaganda hitamKomunikasiTiadaPropaganda yang dilakukan tanpa menyebut sumbernya atau merupakan sumber yang palsu. propaganda tersembunyi.
insuring clausefasal menginsuransPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian polisi insurans yang menyebut tentang janji insurer untuk melindungi insured ke atas kerugian atau kerosakan. Perjanjian ini adalah asas kepada kontrak insurans.
operative clausefasal kuat kuasaPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian polisi yang menyebut perihal perlindungan yang diberikan.
Ig. Insuring clausefasal menginsuransPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian polisi insurans yang menyebut tentang janji insurer untuk melindungi insured ke atas kerugian atau kerosakan. Perjanjian ini adalah asas kepada kontrak insurans.
123

Kembali ke atas