sentience need | keperluan menyedari | Psikologi | Tiada | Tiada |
sentence need | keperluan menyedari | Psikologi | Tiada | Tiada |
proprioceptive | proprioseptif | Perubatan | Tiada | Berkenaan keupayaan menyedari tentang postur, pergerakan dan perubahan keseimbangan tubuh badan yang dibawa oleh gerakan dan aktiviti otot. |
voluntarily | sukarela | Undang-undang | Tiada | Membuat sesuatu tanpa paksaan dan dengan menyedari implikasi perkara yang dilakukan. |
ohnosecond | ohnosaat | Teknologi Maklumat | Tiada | Waktu yang sangat singkat semasa seseorang menyedari yang beliau telah tersalah tekan kekunci atau arahan pada skrin yang mengakibatkan kerja-kerja yang telah lama dilakukan terpadam begitu sahaja. |
morality of cooperation | moraliti kerjasama | Pendidikan | Tiada | Tahap perkembangan kanak-kanak yang menyedari manusia membuat peraturan dan peraturan tersebut boleh diubah. |
nondirective approach | pendekatan tidak berpetunjuk | Psikologi | Psikologi Umum | Pendekatan yang memotivasikan klien untuk menyedari potensinya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa diberi petunjuk oleh kaunselor. Sebaliknya, kaunselor memberikan pengakuan positif tanpa syarat dengan menerima apa-apa yang dilahirkan oleh klien dengan sifat terbuka, mesra dan berempati. Dengan mewujudkan suasana yang menyakinkan seperti ini, klien dapat membuat keputusan yang boleh memperbaik kehidupan mereka. Pendekatan ini sering digunakan oleh kaunselor dalam terapi berpusatkan klien. |
dissonance theory | teori disonans | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang menyatakan bahawa apabila individu menyedari ketidaktekalan wujud dalam dirinya, maka kecenderungan untuk berubah adalah tinggi. Teori yang diasaskan oleh Leon Festinger (1956) ini juga merujuk kepada disonans kognitif yang akan menimbulkan keadaan yang tidak disenangi dan tegang apabila wujud pertentangan antara sikap dengan tingkah laku. Contohnya, perokok akan mengalami disonans apabila doktor mengesahkan dia menghidap kanser paru-paru. Keadaan ini akan memotivasikan individu tersebut supaya mengubah kognisinya untuk mengurangkan atau menghapuskan disonans tersebut bagi mengelakkan situasi yang tidak disenangi atau tidak dapat ditanggung. |
autoanalysis | autoanalisis | Perubatan | Tiada | Kaedah rawatan penyakit saraf dengan pesakit sendiri menganalisis keadaan dan gejalanya, dan dengan itu menyedari akan keadaan yang menyebabkan penyakit itu. |
low achievement | pencapaian rendah | Pendidikan | Tiada | Prestasi rendah dalam ujian atau mata pelajaran disebabkan kekurangan dari segi kebolehan atau kegagalan untuk menyedari kebolehan diri. |