Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan se­suatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nuisance valuenilai gangguPentadbiran PerniagaanTiadaAmaun yang akan dibayar oleh syarikat insurans untuk menyelesaikan sesuatu tuntutan yang tidak dianggap sah tetapi dibayar setakat untuk menyelesaikan kes tersebut.
arbitrationtimbang taraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProsedur yang digunakan oleh pihak-pihak yang bertelingkah dalam menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah melalui pihak ketiga. Orang atau pihak yang menyelesaikan sesuatu masalah pertikaian tersebut dikenali sebagai penimbang tara yang dipilih sendiri oleh pihak yang bertelingkah. Keputusan yang dibuat oleh penimbang tara adalah muktamad dan mengikat. Timbang tara boleh digunakan antara individu, kumpulan atau negara. Keputusan penimbang tara dikenali sebagai award.
pacific settlement of disputespenyelesaian pertelingkahan secara damaiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPersetujuan untuk tidak menggunakan cara paksaan dan kekerasan dalam menyelesaikan konflik antara negara yang bersengketa. Langkah menggalakkan negara menyelesaikan pertelingkahan secara damai merupakan sebahagian daripada prinsip utama Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Langkah ini berkait rapat dengan pengharaman penggunaan kekerasan yang disebut secara jelas dalam piagam tersebut. Antara jenis penyelesaian yang termaktub dalam piagam tersebut termasuklah rundingan, siasatan, perdamaian, pengantaraan, timbang tara dan penyelesaian kehakiman. Walau bagaimanapun, jenis penyelesaian pertelingkahan ini boleh dibahagikan kepada dua kaedah utama, iaitu kaedah diplomatik dan kaedah perundangan. Kaedah diplomatik tidak menghasilkan keputusan yang mengikat, manakala kategori perundangan menghasilkan keputusan yang mengikat. Antara jenis penyelesaian pertelingkahan secara damai tersebut, hanya timbang tara dan penyelesaian kehakiman yang mempunyai ciri kaedah perundangan. Jenis penyelesaian per
buzz groupkumpulan buzzPendidikanTiadaKumpulan kecil yang terdiri daripada 4 hingga 6 orang ahli berbincang untuk menyelesaikan masalah dalam tempoh masa yang singkat. Kemudian kumpulan ini akan bercantum dengan kumpulan kecil yang lain menjadi kumpulan yang lebih besar untuk menyelesaikan masalah yang sama.
third-party diplomacydiplomasi pihak ketigaSains PolitikHubungan AntarabangsaCara menyelesaikan pertelingkahan dengan melibatkan pihak ketiga. Campur tangan pihak ketiga diperlukan untuk membawa kedua-dua pihak yang bertelagah ke meja perundingan kerana permusuhan antara dua pihak tidak memungkinkan mereka mengadakan perjumpaan dua hala. PBB bertindak sebagai pihak ketiga untuk mengadakan diplomasi. Contohnya, isu perang Iran-Iraq dan penaklukan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan telah dirundingkan di bawah naungan PBB. Presiden Jimmy Carter dan Bill Clinton pula telah cuba menjadi perantara dalam menyelesaikan konflik Arab-Israel di Camp David.
international arbitral processproses timbang tara antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu kaedah perundangan bagi menyelesaikan pertelingkahan antara negara di dunia. Proses ini perlu mendapat persetujuan daripada pihak bertelingkah. Kaedah ini membenarkan pihak bertelingkah untuk memilih penimbang tara yang sesuai, undang-undang yang digunakan, dan tempoh masa yang diberikan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan pertelingkahan tersebut. Keputusan daripada kaedah ini merupakan satu keputusan yang mengikat dan mesti dipatuhi oleh pihak bertelingkah.
to solvemenyelesaikanPentadbiranTiadaTiada
working (in a problem)menyelesaikan (dalam masalah)MatematikTiadaTiada
Runge-Kutta methodkaedah Runge-KuttaKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah Euler yang diperbaik bagi kejituan yang lebih tinggi untuk menyelesaikan ODE tertib pertama, dy/dx = y� = �(x, y) dengan menggunakan ungkapan berulang berikut: dengan (rujuk m/s 123) Nilai a, p, dan q ialah nilai yang diandaikan untuk mendapatkan jawapan berasimptot dengan penyelesaian beranalisis. Kaedah Runge-Kutta juga digunakan untuk menyelesaikan persamaan ODE yang lebih tinggi tertibnya serta penyelesaian serentak persamaan ODE.
algebraalgebraMatematikTiada1. Kaedah untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan simbol, biasanya huruf untuk sebarang kuantiti yang tidak diketahui. 2. Kajian tentang pemanipulasian formal persamaan yang melibatkan simbol dan nombor. 3. Sistem matematik yang abstrak yang melihatkan operasi dedua ke atas unsur-unsurnya, iaitu dua unsur yang bergabung untuk menghasilkan unsur yang ketiga. 4. Cabang matematik yang berkaitan dengan dua operasi aritmetik, iaitu penambahan dan pendaraban, dan kemudiannya diperluas kepada huruf atau simbol yang mewakili nombor yang berasaskan buku “Ilm-al-jabr wa’l muqabalah” tulisan Muhammad ibni Musa al-Khowarizmi dalam abad ke-9. Sinonim aljabar.
12345678910...

Kembali ke atas