bind in | jilid selit | Perpustakaan | Tiada | Menyelitkan secara teguh bahan tambahan ke dalam buku yang dijilid. |
append | lampir | Komunikasi | Tiada | Arahan untuk menyelitkan huruf atau tanda pada perkataan atau ayat dalam sesebuah naskhah, atau menambahkan keterangan dalam bentuk lampiran. |
gene targeting | penyasaran geni | Biologi | Genetik | Teknik menyelitkan lokus genetik yang diubahsuai mengikut kehendak ke dalam tapak terpilih dalam kromosom sel atau organisma yang dikaji. |
baroque theatre | teater barok | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan teater yang menyelitkan elemen penyamaran, keraguan, kekerasan, rekaan yang hebat, penggunaan kostum mewah dan adegan keajaiban. Teater jenis ini berkembang di Eropah pada abad ke-17, khususnya Perancis. |
bark grafting | cantuman kulit | Pertanian | Agronomi | Kaedah cantuman yang dilakukan dengan menyelitkan sion di antara kulit pokok penanti dengan kayunya. Bahagian bawah sion ditajamkan dan sebahagian kecil kulit pokok penanti diumpil dengan pisau cantuman supaya sion dapat diselitkan. Untuk mengukuhkan cantuman ini paku kecil boleh digunakan untuk melekatkan semula kulit pokok penanti. Kaedah cantuman kulit digunakan untuk memulihkan pokok yang sudah tua tanpa menanam benih baru. |
bark grafting | cantuman kulit | Pertanian | Agronomi | Kaedah cantuman yang dilakukan dengan menyelitkan sion di antara kulit pokok penanti dengan kayunya. Bahagian bawah sion ditajamkan dan sebahagian kecil kulit pokok penanti diumpil dengan pisau cantuman supaya sion dapat diselitkan. Untuk mengukuhkan cantuman, paku kecil boleh digunakan untuk melekatkan semula kulit pokok penanti. Cantuman kulit digunakan untuk memulihkan pokok yang sudah tua tanpa perlu menanam benih baru. |
comic relief | kelegaan komik | Kesenian | Drama dan Teater | Mekanisme dalam plot drama yang tegang dengan menyelitkan situasi yang lebih ringan atau melucukan bagi memberikan kelegaan kepada khalayak. |
cut and paste | potong dan tampal | Teknologi Maklumat | Tiada | Mengambil keratan teks daripada satu lokasi dan menyelitkan ke lokasi lain. |
retreat | wacana harmoni | Pentadbiran | Tiada | 1, Di Malaysia, Wacana harmoni merupakan mesyuarat perancangan di luar pejabat (kawasan peranginan) yang turut menyelitkan aktiviti santai (berkaitan perniagaan, perkhidmatan/pentadbiran awam). 2. Peringkat di antara muzakarah dan perancangan strategik. 3. Konsep ukhuwah, intim. |
amber suppressor | supresor ambar | Biologi | Genetik | Sebarang gen mutan yang mengekodkan sesuatu tRNA yang mempunyai antikodon yang boleh bertindak dengan kodon penamat UAG dengan menyelitkan satu asid amino yang menyebabkan hasil gen itu boleh berfungsi. Misalnya, antikodon 3�AUC tirosina-tRNA mutan dapat mengenal kodon 5�UAG, tirosina akan terselit dan rantai polipeptida akan memanjang. |