word processing | pemprosesan kata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Sistem yang menyeluruh yang merangkaikan pekerja, peraturan dan peralatan, direka untuk mengurus komunikasi perniagaan dengan lancar dan ekonomi. |
deduce | mendeduksi | Matematik | Tiada | 1. Menerbitkan kesimpulan berasaskan hujah yang boleh diterima.,2. Mendapat suatu kesimpulan menyeluruh daripada data. |
mydriatic | midriatik | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan menyebabkan midriasis pada anak mata. 2. Drug yang menyebabkan midriasis.Drug ini digunakan semasa menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas fundus dankanta mata.Terdapat dua kelas midriatik, iaitu drug antimuskarinik dan drug simpatomimetik. Contoh drug antimuskarinik ialah atropina dan siklopentolat yang mempengaruhi kontraksi otot siliari. Contoh drug simpatomimetik ialah kokaina dan fenilefrina yang merangsang otot dilator pupila secara langsung atau tidak langsung. |
management skill | kemahiran pengurusan | Pengurusan | Perancangan | Kebolehan yang dimiliki oleh individu dalam organisasi yang dapat membuat sesuatu perkara atau tugasan dengan cekap dan berkesan dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Jenis-jenis kemahiran asas pengurusan ialah: 1. Kemahiran teknikal (kebolehan mengendalikan operasi rutin organisasi seperti pengendalian sistem komputer), 2. Kemahiran kemanusiaan (keupayaan berkomunikasi dan memahami orang lain di sekeliling organisasi), 3. Kemahiran konseptual (kebolehan memahami konteks kerja dalam organisasi secara menyeluruh seperti cabaran operasi, isu semasa dan hala tuju organisasi), 4. Kemahiran pengurusan masa (keupayaan merencana jadual kerja dan pelaksanaan kerja dengan teratur), 5. Kemahiran membuat keputusan (kemampuan menilai dan memilih alternatif terbaik untuk mencapai matlamat organisasi). |