Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1. menaruh di tempat yg se­lamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ se­banyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekal­kan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta me­nambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati ter­hadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mem­punyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1 menaruh sesuatu di tempat yg selamat supaya tidak hilang dsb: Dia ~ kain bajunya di dlm almari. 2 mengemaskan sesuatu supaya tersusun atau teratur semula: Selepas puas bermain, Adli ~ barang-barang permainannya. 3 meme­gang (rahsia dsb) teguh-teguh; merahsiakan: Dia memang tidak dpt ~ rahsia. ~ hati memendam atau menaruh rasa suka, cinta dsb terhadap seseorang secara diam-diam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,

Puisi
 

Pukul lapan pukul sembilan,
     Pukul sepuluh jam mati;
Pandai makan pandai menyimpan,
     Jikalau gopoh main tak jadi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ampuleampulPerubatanTiadaBekas kaca yang dapat menyimpan larutan supaya kekal steril. Bekas ini biasanya digunakan untuk menyimpan larutan suntikan.
morgueperpustakaan akhbarKomunikasiKorporatRuang yang menyediakan tempat untuk menyimpan keratan akhbar, gambar, dan bahan rujukan. Ruang ini juga turut menyimpan bahan yang dikenali sebagai salinan luput yang mungkin boleh digunakan semula sebagai maklumat latar belakang atau maklumat tambahan bagi mengembangkan sesuatu cerita atau berita.
memoryingatanTeknologi MaklumatTiadaSatu ruang penyimpanan data dan suruhan secara sementara selagi komputer masih beroperasi. Ingatan tidak digunakan untuk menyimpan data secara kekal kerana mahal dan meruap. Ingatan selalu di interaksi/dicapai oleh CPU, tetapi ingatan berasingan dengan CPU. Secara asasnya, ruang storan ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk yang berbeza; (i) Untuk menyimpan atur cara sistem pengendalian dan perisian sistem. (ii) Untuk menyimpan atur cara aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data. (iii) Untuk menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder. (iv) Untuk menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam satu kawasan storan kerja. (v) Untuk menyediakan ruang storan tambahan kepada atur cara atau data jika diperlukan. Ciri penting ingatan ialah saiz dan kelajuan ingatan. Faktor saiz bergantung kepada kos. Faktor kelajuan adalah faktor terpenting dan bergantung kepada jenis ingatan. Ingatan juga disebut dengan pelbagai nama seperti ingatan
memoryingatanTeknologi MaklumatTiadaSatu ruang penyimpanan data dan suruhan secara sementara selagi komputer masih beroperasi. Ingatan tidak digunakan untuk menyimpan data secara kekal kerana mahal dan meruap. Ingatan selalu di interaksi/dicapai oleh CPU, tetapi ingatan berasingan dengan CPU. Secara asasnya, ruang storan ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk yang berbeza; (i) Untuk menyimpan atur cara sistem pengendalian dan perisian sistem. (ii) Untuk menyimpan atur cara aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data. (iii) Untuk menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder. (iv) Untuk menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam satu kawasan storan kerja. (v) Untuk menyediakan ruang storan tambahan kepada atur cara atau data jika diperlukan. Ciri penting ingatan ialah saiz dan kelajuan ingatan. Faktor saiz bergantung kepada kos. Faktor kelajuan adalah faktor terpenting dan bergantung kepada jenis ingatan. Ingatan juga disebut dengan pelbagai nama seperti ingatan
optical diskcakera optikTeknologi MaklumatTiadaMedia storan sekunder yang menyimpan data menggunakan pancaran laser di atas permukaan cakera yang diperbuat daripada plastik. Cakera optik menyimpan data digital seperti perisian, filem, video, muzik atau teks. Cakera optik memiliki kelebihan seperti kapasiti simpanan yang lebih besar, tidak menghadapi risiko kepala tulis/baca terhempas ke atasnya, jangka hayat yang lama (sekitar 30 tahun), tahan suhu panas dan sejuk yang melampau, dan kalis sinar-X. Cakera optik adalah nama generik bagi WORM, CD, CD-ROM, DVD-ROM, DVD-Video, CD-R, DVD-R, CD-RW, DVD-RAM, DVD-RW dan MO (magneto-optic). WORM, CD, CD-ROM, DVD-ROM dan DVD-Video adalah cakera optik baca-sahaja yang telah dirakam pada masa pengeluarannya dan tidak boleh di padam. Manakala kandungan CD-R, DVD-R, dan magneto-optic (dalam mod WORM) dirakam oleh pengguna dan tidak boleh dipadamkan. CR-RW, DVD-RAM, DVD-RW dan cakera MO (magneto-optic) boleh dirakam dan dipadamkan berulang kali. Banding cakera magnetik.
compact disk (CD)cakera padat (CD)Teknologi MaklumatTiadaMedia storan optik yang diperkenalkan oleh Sony dan Philips pada tahun 1982. CD pada asalnya digunakan untuk menyimpan audio digital sahaja, tetapi kini boleh menyimpan sebarang maklumat komputer digital. Lazimnya diameter cakera padat adalah 12cm. Cakera padat lebih dikenali dengan akronim CD. Satu CD mampu menyimpan sehingga 650MB iaitu menyamai kapasiti 1500 cakera liut. Lihat cakera optik. Sinonim CD-ROM.
doghousepondok anekaKejuruteraanPetroleumRumah kecil yang digunakan bagi menyimpan rekod-rekod penyewaan, tempat menukar pakaian para pekerja dan kegunaan-kegunaan lain yang berhubungan dengan hal sewa menyewa. Kadangkala digunakan juga sebagai tempat menyimpan barang-barang lain seperti fail-fail rekod dan sebagainya.
folderselongsongKomunikasiTiadaSampul yang diperbuat daripada kertas keras dan digunakan untuk menyimpan maklumat penting. Saiz sampul ini biasanya lebih besar daripada saiz risalah. Sampul ini juga boleh digunakan sebagai tempat untuk menyimpan gambar.
compact disk interactive (CD-I)cakera padat interaktif (CD-I)Teknologi MaklumatTiadaPeranti media storan yang digunakan untuk menyimpan data, audio, video pegun dan grafik beranimasi. Peranti ini boleh menyimpan sehingga 144 minit data audio berkualiti stereo dan 9.5 jam data audio mono. Peranti ini juga memerlukan pemacu CD-I untuk dimainkan. Format CD-I dibangunkan oleh Philips dan Sony. Sinonim CD-i.
JPEGJPEGTeknologi MaklumatTiada1. Satu piawai ISO/ITU untuk memampatkan dan menyimpan imej dalam bentuk digital. JPEG mengecilkan saiz fail untuk mempercepat muat turun dari web . Oleh yang demikian kualitinya akan menyusut. 2. Format fail untuk menyimpan imej peta bit yang dimampatkan. Format fail JPEG biasanya digunakan untuk imej fotografi berkualiti tinggi.
12345678910...

Kembali ke atas