Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.na.ri] | مڽينري

Definisi : 1.memancarkan cahaya kpd, menerangi, menyuluhi: tubuh badannya te­rang-benderang kerana disinari oleh cahaya bulan itu; 2. ki mengajar makhluk Allah (manusia, dll) supaya dapat melihat kebenar­an-Nya: al-Quran itu ~ alam ini supaya tidak kegelapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.na.ri] | مڽينري

Definisi : memancarkan cahaya atau sinar pd; menerangi: Matahari ~ bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sinar
Kata Terbitan : sinaran, bersinar, menyinar, bersinar-sinar, menyinari, menyinarkan, penyinaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intracavitary appliancealat intraronggaKejuruteraanTiadaAlat untuk menyinari kerosakan di dalam rongga badan.
basherlampu kecilKomunikasiTiadaLampu yang digunakan untuk menyinari bahagian-bahagian objek yang terlindung oleh bayang-bayang hasil daripada penggunaan lampu-lampu utama. Lampu ini terdiri daripada empat jenis lampu yang berfungsi sebagai lampu pemenuh.
incident lightcahaya datangFizikOptikCahaya yang secara langsung menyinari ke atas suatu permukaan cahaya tuju.
illumination intensitykeamatan pencahayaanFizikOptikKetumpatan fluks bagi cahaya yang menyinari suatu permukaan.
light exposurededahan cahayaFizikOptikUkuran daripada jumlah kuantiti cahaya yang menyinari suatu permukaan bersamaan dengan kamiran luminans permukaan tersebut terhadap masa.
flood lightcahaya limpahPendidikanTiadaCahaya lampu elektrik yang dipancarkan dari atas dan kelihatan menyinari ruang yang luas.
convergency irradiationpenyinaran tumpuKejuruteraanTiadaTeknik yang menggunakan alur tumpu sinar x atau gama untuk menyinari bahagian yang tertentu.
Joly photometerfotometer JolyFizikOptikFotometer meja yang digunakan untuk membandingkan sumber cahaya dengan cara menyinari dua bongkah kaca opal atau parafin yang serupa dan dipisahkan oleh sekeping dinding tipis yang legap di antara kedua-dua bongkah tersebut.
Lambert�s lawhukum LambertFizikOptikHukum yang menyatakan bahawa pencahayaan suatu permukaan oleh cahaya yang menyinari secara normal dari suatu sumber titik ke permukaan tersebut berkadaran songsang dengan jarak kuasa dua di antara permukaan dengan sumber titik tersebut.
convergent beam therapyterapi alur tumpuKejuruteraanTiadaTeknik yang mengunakan alur tumpu sinar x atau gama untuk menyinari bahagian yang tertentu.
12

Kembali ke atas