Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyuap] | مڽواڤ

Definisi : 1. makan dgn tangan (tidak dgn sepit atau dgn sudu dll); 2. = menyuapi memasukkan makanan ke dlm mulut orang, memberi makan dgn tangan: ia terus ~ anaknya; 3. = menyuapi memberi wang suap kpd, memberi rasuah, menyogok: mana­-mana yg boleh diugut telah diugut, dan mana-mana yg boleh disuap telah juga disuap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyuap] | مڽواڤ

Definisi : 1 menggerakkan tangan ke mulut utk memasukkan makanan dsb: Dia ~ anak bongsunya makan. 2 memberi rasuah; menyogok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suap
Kata Terbitan : menyuap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bureaucratic corruptionrasuah birokrasiPentadbiranPentadbiran Awam

Pemberian untuk menyogok atau menyuap kakitangan perkhidmatan awam bagi mendapatkan sesuatu faedah sebagai pulangan. Pemberian ini membolehkan seseorang yang berkuasa melakukan sesuatu tindakan untuk kepentingan individu dan orang yang memberi suapan tersebut. Rasuah ini juga boleh berlaku dalam bentuk salahguna kuasa pegawai yang bertanggungjawab untuk kepentingan diri atau pihak tertentu. Amalan rasuah dan penyelewengan birokrasi merosakkan imej dan menjejaskan kepentingan awam. Sebagai contoh, pemberian sogokan wang kepada pengarah jabatan kerajaan untuk mendapatkan tender pembinaan jambatan. Sinonim penyelewengan birokrasi

mechanical stokerpembubuh mekanikKejuruteraanKejuruteraan MekanikPeranti mekanikal yang digunakan untuk menyuap bahan api dengan kuantiti yang seragam ke dalam relau dandang. Alat ini boleh berbentuk rantai tanpa hujung, penghantar skru dengan gear atau sistem suapan rantai bersauk. Pembubuh ini digunakan di dalam dandang stim.
letter feeder operatoroperator suap suratPentadbiran PerniagaanTiadaPetugas yang mengendalikan proses menyuap surat ke dalam modul suap surat pada mesin isih surat.
insertion headkepala sisipanKejuruteraanKejuruteraan MekanikMekanisme suapan automatik yang digunakan untuk menyuap komponen secara memaksi ke dalam sesuatu kumpulan pemasangan yang separa siap. Mekanisme ini mungkin juga bersekali atau dilengkapi perkakas pemotong, pembentuk dan pengikat. Mekanisme ini banyak terdapat pada mesin yang digunakan dalam proses penghasilan produk dalam industri pembuatan.
idle systemsistem pelahuKejuruteraan AutomotifEnjinLaluan dalam karburetor yang digunakan untuk menyuap bahan api apabila enjin berkeadaan melahu. Dalam keadaan ini, injap pendikit berada dalam keadaan tertutup sepenuhnya.
feedback control systemsistem kawalan suap balikKejuruteraanTiadaSistem kawalan suap balik: Suatu sistem pengawalan kuantiti keluaran dengan menyuap balik kuantiti yang terkawal supaya nilai kuantiti masukan berada pada nilai hampir dengan nilai yang diperlukan semasa reka bentuk.
transmitterpemancarFizikAkustikAlat yang menjana gelombang pembawa untuk menghasilkan gelombang radio, melalui proses modulasi, amplifikasi dan seterusnya menyuap gelombang tersebut ke antena.
line finderpencari talianKejuruteraanTiada1. Mekanisme pensuisan yang menentukan talian telefon yang memanggil dari suatu kumpulan, dan menyambungkannya kepada sesalur, pemilih atau penyambung.,2. Peranti elektromekanik yang, secara automatik, menyuap baris platen pencetak kepada baris yang telah ditentukan pada borang tercetak.
vibratory feederpenyuap getarKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat yang terdiri daripada plat condong yang digetarkan sama ada oleh kapi tak seimbang laju tinggi, getaran janaan elektromagnet atau denyut pada plat yang terpasang pada pegas dedaun. Alat ini digunakan untuk menyuap dalam kuantiti yang tepat atau membetulkan kedudukan benda kerja. Alat ini juga biasanya dipasang untuk menghantar benda kerja atau komponen ke mesin pemprosesan atau pemasangan.
forward feed evaporatorpenyejat suapan ke depanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenyejat yang larutan cair disuapkan ke dalam penyejat pertama dan cecair yang telah dipekatkan disuap ke dalam penyejat berikutnya hingga kepekatan tertentu diperoleh supaya kepekatan larutan meningkat dari penyejat ke penyejat lain. Penyejat ini hanya memerlukan dua pam untuk menyuap larutan ke penyejat pertama dan untuk mengeluarkan larutan pekat daripada penyejat terakhir. Penyejat jenis ini mempunyai ekonomi penyejat yang rendah.
12

Kembali ke atas