encryption | penyulitan | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses menyulitkan teks biasa kepada teks sifer. Contohnya, teks biasa "Serang malam ini" disulitkan menjadi teks sifer "xtruga tgewi kfw". |
ransomware | perisian tebusan | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian hasad yang menyulitkan cakera keras komputer yang dijangkiti. Kemudian, penggodam akan meminta wang tebusan kepada pemilik komputer tersebut sekiranya ingin mengembalikan semula data asal dalam cakera keras tersebut dengan mendapatkan perisian nyahsulit daripada mereka. Contoh perisian tebusan ialah kriptovirus, kriptotrojan atau kriptocecacing. |
speech scrambling frequency domain | domain frekuensi mengarau percakapan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah menyulitkan suara dengan menjalankan proses penggantian terhadap puncak amplitud suara. Kaedah ini menyebabkan bentuk suara akhir tidak dapat difahami tanpa algoritma penyahsulitan frekuensi yang betul. |
speech scrambling time domain | domain masa mengarau percakapan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah menyulitkan suara dengan menjalankan proses penyusunan terhadap gelombang suara dalam segmen masa yang tertentu. Kaedah ini menyebabkan bentuk suara akhir tidak dapat difahami tanpa algoritma penyahsulitan segmen masa yang betul. |
asymmetric encryption | penyulitan asimetrik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah menghantar mesej yang penghantarnya menyulitkan mesej dengan menggunakan kekunci awam penerima dan penerima pada menyahsulitkan mesej tersebut menggunakan kekunci persendirian nya. Contoh penyulitan asimetrik ialah algoritma RSA. |
end-to-end encryption | penyulitan hujung ke hujung | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah yang menyulitkan mesej pada hos penghantar dan dinyahsulitkan pada hos penerima. Kaedah ini akan memastikan hanya penerima sebenar sahaja yang boleh menyahsulitkan mesej. Kaedah ini berbeza dengan penyulitan paut. Lihat juga penyulitan paut. |
electronic code book (ECB) | buku kod elektronik (ECB) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Mod yang menggunakan sifer blok untuk menyulitkan lebih daripada n-bit teks biasa Mod ini hanya sesuai untuk operasi yang mudah seperti cabar-sahut dan beberapa tugas pengurusan kekunci. |
DES (data encryption standard) | DES (piawai penyulitan data) | Teknologi Maklumat | Tiada | Kunci umum yang menggunakan algoritma sifer blok untuk menyulitkan data yang dicipta oleh National Bureau of Standard. |
encryption parameter | pasangan kekunci penyulitan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Dua kekunci yang digunakan dalam penyulitan tak simetri yang salah satu kekuncinya menyulitkan dan yang satu lagi menyahsulitkan. Dua kekunci tersebut dikenali sebagai kekunci awam dan kekunci persendirian. |
password cracker | perekah kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian atau perkakasan yang meneka perkataan yang mungkin digunakan sebagai kata laluan. Perisian ini menyulitkan perkataan yang diteka dengan algoritma penyulitan kata laluan seperti MD5 dan mencari persamaan dengan kata laluan yang tersulit. Perkataan yang diteka adalah kata laluan sekiranya terdapat persamaan. Contoh perekah kata laluan ialah Jack the Ripper. |