solar power | kuasa suria | Kesenian | Seni Bina | Tenaga diperbaharui yang diperlukan untuk menyumbang ke arah gagasan seni bina hijau atau seni bina lestari. Bangunan moden memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkan semua peralatan di dalam bangunan. Lazimnya, tenaga elektrik diperoleh daripada janakuasa sama ada digerakkan oleh tenaga minyak, gas, sampah terpilih atau arang batu. Tenaga elektrik juga boleh diperoleh daripada kuasa suria sama ada menggunakan kepingan fotovolta atau tenaga solar pekat (CSP). Penuaian kuasa suria boleh dilakukan dengan menggunakan kepingan fotovolta yang dipasangkan pada bangunan yang disepadukan pada kemasan bumbung atau kemasan dinding luaran pada mukaan bangunan. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan kepingan fotovolta adalah lebih mudah dan cepat. Kepingan fotovolta memerlukan ruang di atas bumbung atau mukaan bangunan yang menghadap matahari bagi memaksimumkan dapatan cahayanya. Selain memberikan manfaat dalam menyumbang ke arah penarafan gagasan seni bina hijau, ia juga memberikan nilai tampak pada bangunan |
brief shot | tangkap singkat | Komunikasi | Tiada | Tangkapan pendek yang menyumbang kepada pembangunan plot atau keseluruhan cerita. |
splicing | hiris-cantum | Biologi | Genetik | Proses yang menyingkirkan dan menyumbang semula ekson dalam RNA yang berlaku dalam organisma eukariot. |
risk factor | faktor risiko | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Unsur yang menyumbang terjadinya penyakit termasuklah keturunan, gaya hidup dan tabiat pemakanan. |
nutritive sweetener | pemanis berzat | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Pemanis yang menyumbang kalori kepada diet normal seperti sukrosa, sirap jagung dan madu. |
contributory plan | rancangan carum | Pentadbiran | Tiada | Pelan yang mengkehendaki majikan dan pekerja menyumbang kos insurans, pesaraan dan sebagainya. |
strategic issues | isu strategik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perkara atau persoalan utama yang menyumbang kepada kewujudan sesuatu keadaan dalam persekitaran organisasi. Isu strategik merangkumi kemantapan sistem perancangan, pengorganisasian, gaya kepimpinan pengurusan atasan, pemilihan dan pengambilan kakitangan, sistem penyelarasan tenaga kerja dan pengawalan organisasi. Kemantapan dan kelemahan sistem pengurusan organisasi bergantung pada kebijaksanaan pihak pengurusan atasan dalam menangani isu strategiknya. Isu strategik biasanya menjadi lebih mudah ditangani dengan kerjasama yang padu daripada pihak subordinat atau kakitangan bawahan. |
essential oil | minyak perlu | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Minyak meruap yang menyumbang bau harum kepada tumbuhan atau bahagian tertentu tanaman seperti bunga, akar, daun atau biji, dan biasanya digunakan dalam minyak wangi atau perisa makanan. Minyak ini biasanya terdiri daripada campuran bahan meruap terpena dan terbitan oksigennya, sebatian aromatik berstrukturkan benzena, hidrokarbon alifatik dan terbitan oksigennya dan sebatian nitrogen atau sulfur. |
sharikah amwal | syarikat harta | Perniagaan Islam | Tiada | Persetujuan dua pihak atau lebih untuk menyumbang kadar modal tertentu dalam perniagaan. Modal dan keuntungan merupakan dua perkara yang penting dalam syarikat ini. Semua ahli syarikat bertanggungjawab terhadap keuntungan dan kerugian syarikat. Syarikat ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu syarikat ‘inan dan syarikat mufawadah. |
non-nutritive sweetener | pemanis tanpa zat | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Pemanis yang menyumbang sedikit atau tiada nilai kalori kepada diet normal dan merupakan bahan yang lebih manis daripada pemanis gula asli seperti sukrosa. Pemanis ini biasanya 30 kali hingga beberapa ribu kali lebih manis daripada sukrosa. Contoh, aspartam yang 200 kali lebih manis daripada sukrosa dan alitam yang 2,000 kali lebih manis daripada sukrosa. |