promise of secrecy | janji merahsiakan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
concealment | penyembunyian | Sejarah | Tiada | 1. Perihal bersembunyi atau merahsiakan hal-hal penting tentang urusan sulit.,2. Tempat persembunyian, biasanya digunakan oleh pihak tentera sebagai taktik peperangan. |
nonsecret encoding scheme | skema pengekodan bukan rahsia | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Teknik pengekodan yang dilakukan bukan untuk tujuan merahsiakan mesej atau data seperti pengekodan Huffman. Pengekodan ini bertujuan untuk memberi pemampatan kepada data agar dapat mengurangkan lebar jalur yang diperlukan untuk komunikasi. Data yang dikod menggunakan teknik ini boleh dikembalikan semula ke bentuk asal dengan mudah. |
Hamburg edgings | trimin Hamburg | Kesenian | Tiada | Jenama utama trimin bersulam buatan Switzerland dan dieksport ke Amerika Syarikat melalui Hamburg, Jerman pada pertengahan abad ke-19. Untuk merahsiakan tempat asal pengeluaran trimin ini daripada pesaing-pesaing, maka nama trimin Hamburg digunakan sempena nama bandar Hamburg. |
state's right | hak negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hak yang dimiliki oleh pemerintah sebagai institusi yang berkuasa dan berdaulat untuk memelihara kepentingan nasional atau orang ramai. Hak negara terdiri daripada hak untuk membuka tanah dan membangunkan negara, hak dalam menguasai perbendaharaan dan kekayaan negara, hak merahsiakan maklumat sulit dan hak mengadakan pilihan raya. Hak ini dipelihara untuk mengawal keselamatan, memelihara kepentingan ekonomi dan juga mengawasi pembangunan sosial masyarakat negara supaya tidak terjejas. Contohnya, hak negara Malaysia untuk tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel adalah suatu hak yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. |