Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung besar, yg jantan bulunya berwarna-warni dan ekornya spt bentuk kipas apabila mengembang, Pavo muticus; ~ biru, Pavo cristatus; ~ pongsu sj burung kuang cermin, kuang pongsu, Polyplectron mala-cense. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj burung yg besar lagi cantik bulunya, Pavo muticus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merak I

Puisi
 

Merak hulu merak hilir,
     Merak seekor hujung tanjung;
Hendak ke hulu hendak ke hilir,
     Badan seorang tak tertanggung.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Apa gunanya merak mengigal di hutan.

Bermaksud :

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya). (Bandingkan dengan: Seperti merak mengigal di hutan). mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
merak mengigalmerak mengigalKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk burung merak sedang mengigal.
wau merakwau merakKesenianTiadaWau yang menyerupai bentuk burung merak.
Merak (Beta Ursae Majoris)Merak (Beta Ursae Majoris)MatematikTiadaSalah satu bintang magnitud kedua dalam asterisma Gayung Besar di dalam buruj Ursa Major.
golden pheasantbulu merakPerikananTiadaBulu berwarna-warni daripada burung merak, biasanya bulu di bahagian dada, tengkuk atau sayap yang digunakan secara meluas untuk membuat umpan serangga tiruan.
peacock fan foldlipatan ekor merakPentadbiran PerniagaanTiadaLipatan napkin berbentuk ekor merak.
PavoPavo (Merak)MatematikTiada.
peacock orebijih merakGeologiTiadaMineral tembaga berpendarona yang mempunyai permukaan sebam dan berkilau yang beraneka warna.
peacock coppertembaga merakGeologiTiadaMineral tembaga berpendarona yang mempunyai permukaan sebam dan berkilau yang beraneka warna.
peacock bluebiru merakKesenianTiadaWarna biru kehijauan.
jacaranda (Jacaranda mimosifolia)bunga merak (Jacaranda mimosifolia)PertanianTiadaTiada
12

Kembali ke atas