Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.wat] | مراوت

Definisi : memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga (orang sakit dll) dgn memberi ubat dsb: isterinya dirawat di rumah sakit umum; ia dirawat di hospital; dlm buku ini dihuraikan arahan-arahan utk me­melihara, ~, dan membaja lebih drpd 50 jenis pokok buah-buahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.wat] | مراوت

Definisi : 1 menjaga atau membela orang sakit dll; menyelenggarakan; memelihara: Ia dirawat di Hospital Kuala Lumpur. 2 membuat atau mengusahakan supaya biji benih mudah (cepat) bercambah melalui proses kimia atau proses fizikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rawat
Kata Terbitan : merawat, terawat, perawatan, perawat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antilueticantiluetikPerubatanTiada1. Merawat atau melegakan sifilis. 2. Agen yang merawat atau melegakan sifilis.
antiemeticantiemetikFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan mencegah atau merawat muntah dan mual. 2. Agen yang berupaya mencegah atau merawat muntah. Kebanyakan agen ini boleh diberikan sama ada secara oral, suntikan atau tablet. Contob agen ini ialab dolasetron, granisetron dan ondansetron. Sinonim drug antiemetik.
oxazolidinedioneoksazolidinadionFarmasiTiadaKelas drugyang mempunyai aktiviti antikonvulsi dan digunakan untuk merawat epilepsi petit mal. Kelas drugini tidak berkesan untuk merawat epilepsi grand mal. Contohnya, trimetadion.
dinocapdinokapBiologiPatologiNama am pestisid organik yang banyak digunakan untuk merawat hamama. Dinokap boleh juga digunakan sebagai fungisid, terutamanya untuk merawat penyakit rabuk. Ramuan aktifnya terdiri daripada campuran dua isomer, iaitu 2,4-dinitro-6-oktil (fenil)krotonat lebih kurang 30 % dan 2,4-dinotro-4-oktil(fenil)krotonat lebih kurang 70 %.
oxidoreductaseoksidoreduktaseFarmasiTiadaKelas drug yang mempunyai aktiviti antikonvulsi dan digunakan untuk merawat epilepsi petit mal. Kelas drug ini tidak berkesan untuk merawat epilepsi grand mal. Contohnya, trimetadion.
colchicines poisoningkeracunan kolkisinaKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan kolkisina, iaitu ubat yang digunakan untuk merawat gout, menghalang serangan artritis gout, dan merawat kanser. Tanda utama keracunan ialah muntah, cirit-birit dan pengsan. Keracunan akut berlaku selepas 3-6 jam akibat dos berlebihan. Gejalanya adalah rasa pedih dalam kerongkong, muntah, cirit berair atau berdarah, sakit abdomen, oliguria, tekanan darah turun, anuria, kerosakan kardiovaskular, delirium, konvulsi, dan lemah otot serta kegagalan pernafasan. Kematian mengejut mungkin berlaku selepas penyuntikan dengan cepat sebanyak 2 mg. Keracunan kronik kadang-kadang menyebabkan pansitopenia, trombositopenia dengan perdarahan, leukopenia, malserapan, oliguria, dan hepatitis. Dos parah untuk orang dewasa ialah 20 mg. Kepekatan toksik adalah dari 0.005 �g/mL. Penemuan patologi dalam kes parah ialah kesesakan dan perubahan kemerosotan dalam saluran gastrousus dan buah pinggang.
antifungal agentagen antikulatFarmasiFarmakologiAgen yang merencat dan mengawal pertumbuhan atau membunuh kulat. Agen ini digunakan untuk merawat jangkitan sistemik teruk seperti meningitis kriptokokus dan merawat jangkitan kulat setempat seperti 'Athlete Foot', kurap dan kandidiasis. Contoh agen antikulat ialah fiukonazola, niastatin dan amfoterisin B.
amitriptylineamitriptilinaKimiaForensikNama dagang, Elavil. Antidepresan trisiklik yang bertindak dengan cara menghalang penyerapan semula neurotransmitter ke dalam akson. Amitriptilina digunakan untuk merawat kemurungan mental dan kemurungan yang diikuti oleh keresahan, selta untuk merawat enuresis. Kesan sampingan bahan ini termasuk loya,gemuruh, anoreksia, rasa mengantuk, pening, terawang-awang, dan pengsan. Dos maut ialah I g bagi kanak-kanak berusia setahun. Kepekatan toksiknya pula ialah 1 µg/mL. Pada umumnya dos melebihi 30 mg/kg adalah berbahaya.
herbal remediesjamuPerubatanTiadaCampuran herba yang terdiri daripada bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun, bunga, buah, batang, biji dan akar yang digunakan untuk merawat penyakit. Jamu biasanya digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat masalah kesihatan atau lebih kerap digunakan sebagai bahan tambahan untuk meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Walaupun ramai yang mengakui keberkesanan ramuan tersebut namun, kajian secara saintifik perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan dan keselamatannya. Sinonim ramuan herba.
antidiarrheal agentagen antidiareaFarmasiFarmakologiAgen yang digunakan untuk merawat cirit-birit. Agen ini dikelaskan kepada drug-drug parasimpatolitik seperti atropina yang bertindak sebagai agen spasmolitik atau antispasmodik, penjerap seperti arang teraktif dan kaolin, astringen (contohnya, gambir), asid tanik serta opiat. Walau bagaimanapun, pengelasan ini tidak termasuk agen-agen yang digunakan untuk merawat penyakit-penyakit tertentu, yang menyebabkan diarea atau cirit-birit. Contohnya, antibiotik. Lihat juga parasimpatolitik, antispasmodik.
12345678910...

Kembali ke atas