Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.cun] | مرچون

Definisi : sj bunga api yg meletup apabila di­bakar, petasan; ~ buluh senapang bambu, kpd saya jangan dituju prb janganlah saya digertak dgn barang sesuatu yg kosong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.cun] | مرچون

Definisi : bunga api yg meletup apabila dibakar; petasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mercun

Puisi
 

Budak-budak pasang mercun,
     Pasang mari Kuala Muar;
Kepada tuan menjadi racun,
     Dengan saya jadi penawar.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phosphorous poisoningkeracunan fosforusKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada fosforus putih atau fosforus kuning, yang kadang-kadang terdapat dalam racun tikus, baja, dan mercun. Dos parah adalah lebih kurang 1 mg/kg, dan had pendedahan ialah 0. 1 mg/m3. Tanda utama keracunan ialah demam kuning dan pengsan. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, ritma jantung tidak normal, dan nafas dan kumuhan berbau bawang putih, dan mungkin kelihatan berasap. Mati semasa koma atau jantung terhenti mungkin berlaku dalam masa 24 - 48 jam pertama, atau gejala pulih selama 1 atau 2 hari dan kemudian kembali semula, dengan loya dan muntah, cirit-birit, kelembutan dan pembesaran hati, demam kuning, kelesuan, tekanan darah turun, oliguria, hipoglisemia, dan perdarahan petekia multipel. Jika fosforus kuning dibiarkan kering pada permukaan kulit, ia akan tercucuh dan menyebabkan kebakaran darjah kedua hingga ketiga dikelilingi dengan lepuh. Luka akan sembuh secara perlahan. Penyedutan menyebabkan gejala keracunan akut selepas 1 - 3 hari. Keracunan kroni
photochemical fogkabut fotokimiaBiologiEkologiBahan pencemar kimia yang terdapat di dalam atmosfera, yang terhasil daripada tindak balas kimia yang melibatkan hidrokarbon dan nitrogen oksida dengan kehadiran cahaya matahari. Kabut fotokimia mengakibatkan nekrosis dan klorosis pada tumbuhan serta gangguan pernafasan dan pedih mata pada manusia. Bahan ini boleh terhasil, misalnya, daripada letupan kilang mercun di Sungai Buluh.

Kembali ke atas