ethology | etologi | Geografi | Tiada | Kajian ke atas tindakan dan tabiat haiwan dan tindak balas mereka terhadap alam sekitar mereka. |
Expectancy Theory | Teori Jangkaan | Pengurusan | Perancangan | Teori yang menyatakan bahawa manusia akan terdorong atau bermotivasi apabila mereka percaya yang usaha mereka akan menghasilkan prestasi kerja yang baik untuk mendapat ganjaran yang diharapkan. Ganjaran yang ditawarkan perlu menarik dan mendatangkan nilai yang diingini oleh individu tersebut. Contohnya, seorang pekerja menyedari bahawa dia perlu mendapat markah prestasi melebihi 90% bagi membolehkannya layak mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang. |
who am I? | siapakah saya? | Pendidikan | Tiada | Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah dengan cara melekatkan maklumat mengenai diri (identiti) di belakang baju murid. Murid diberikan peluang untuk bertanya tiga soalan kepada rakan berkaitan identiti mereka. Rakan mereka perlu menjawab “ya”, atau “tidak” untuk mendapatkan jawapan kepada maklumat diri murid dan mereka dikenali sebagai “pakar rujuk” sekiranya jawapan yang betul telah diperoleh. |
self evaluation question | soalan swanilai | Pentadbiran | Tiada | Soalan yang dikemukakan kepada penuntut semasa berkursus supaya dapat menolong mereka menilai tentang kemampuan mereka memahami isi kandungan kurus yang diikuti. |
locus of control | lingkungan kawalan | Pengurusan | Perancangan | Suatu konsep dalam psikologi yang merujuk kecenderungan individu untuk mengaitkan setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka disebabkan oleh diri mereka sendiri (lingkungan kawalan dalaman) ataupun pengaruh faktor luaran (lingkungan kawalan luaran). Contohnya, individu yang mempunyai lingkungan kawalan dalaman yang tinggi akan menganggap kegagalan yang berlaku berpunca daripada sikapnya sendiri, manakala individu yang mempunyai lingkungan kawalan luaran yang tinggi akan menyalahkan pengaruh luaran seperti ibu bapa atau guru atas kegagalan mereka. |
المتفق والمتفرق | muttafiq muftariq | Agama Islam | Hadith | Perawi-perawi yang didapati ada persamaan dari segi sebutan dan tulisan pada nama-nama mereka dan nama bapa mereka tetapi berlainan orangnya. |
Llyod's underwriter | pengunderait Lloyd | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Individu yang mengunderait risiko melalui kemudahan di Llyod. Mereka ini akan bertanggungjawab ke atas risiko yang diterima oleh mereka tetapi tidak bertanggungjawab ke atas risiko ahli sindiket mereka atau keseluruhan persatuan. |
international society | masyarakat antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep yang menyatakan negara berupaya menubuhkan satu masyarakat dalam kalangan mereka sendiri berasaskan persetujuan bersama dalam mengadakan peraturan dan institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan hubungan mereka. Peraturan dan institusi yang berkaitan pula dikekalkan kerana mereka mempunyai kepentingan bersama. Konsep ini berbeza dengan konsep masyarakat dunia yang berasaskan perkongsian identiti dalam kalangan individu dan masyarakat antarabangsa berasaskan negara sebagai unit utamanya. Contohnya, masyarakat antarabangsa yang wujud sehingga hari ini ialah Kesatuan Eropah. Kesatuan ini terdiri daripada beberapa buah negara Eropah yang telah bekerjasama dalam banyak hal, termasuk dalam bidang keselamatan dan ketenteraan. Kerjasama antara negara anggota ini mampu dikekalkan disebabkan kepentingan bersama. |
omnibus clause | fasal omnibus | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian dalam kebanyakan polisi liabiliti automobil dan beberapa jenis lain, yang memperluaskan perlindungan polisi kepada mereka yang termasuk dalam takrif istilah pihak yang diinsuranskan, tanpa menamakan mereka dalam polisi. Contoh: polisi yang melindungi pihak yang diinsuranskan ternama serta mereka yang tinggal bersamanya. |
top management | pengurusan atasan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pihak yang memegang jawatan atau kedudukan yang tertinggi dalam hierarki kuasa sesebuah organisasi. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam merangka, mereka bentuk dan merancang dasar, peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan perjalanan sistem pengurusan dan pentadbiran organisasi. Perancangan organisasi, penyusunaturan dan penyelarasan sesebuah organisasi juga menjadi tugas utama mereka. Walau bagaimanapun, pengurusan atasan sentiasa terikat dengan tujuh fungsi asas pengurusan, iaitu peramalan, perancangan, pengorganisasian, kepemimpinan, pengkoordinasian, pengstafan dan pengawalan. Keseluruhannya, segala urusan pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi terletak di bawah tanggungjawab pengurusan tertinggi. |