Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merintang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resistingmerintangKejuruteraanTiadaTiada
viscositykelikatanKimiaTiadaSifat bendalir yang merintang pengaliran di dalam cecair atau gas disebabkan geseran dalaman antara lapisan-lapisan bendalir yang bergerak. Sekiranya lapisan-lapisan bendalir bergerak dengan kelajuan yang berbeza, daya likat akan memperlahankan pergerakan lapisan yang laju dan mencepatkan lapisan yang perlahan. Kelikatan bendalir berkurangan apabila suhu meningkat.
viscositykelikatanHidrologiTiadaSifat bendalir untuk merintang pericihan apabila adanya gradien halaju. Sifat ini biasanya dinyatakan sebagai koefisien kelikatan.
transverse ridgebatas lintangPerubatanTiadaBatas yang merintang permukaan oklusal gigi pramolar bawah dan menghubungkan apeks kuspa bukal dan lingualnya.
drag forcedaya helaMekanikGunaanDaya geseran yang merintang gerakan di dalam bendalir. Kajian yang melibatkan daya hela amat penting dalam bidang mekanik bendalir.
viscositykelikatanMakanan dan PemakananTeknologi MakananSifat bendalir yang merintang pengaliran dalam cecair atau gas disebabkan oleh geseran dalaman antara lapisan-lapisan bendalir yang bergerak. Kelikatan berkurangan apabila suhu meningkat. Kelikatan boleh diukur dengan menggunakan viskometer dan berunit Poise.
shock resistancerintangan kejutanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKeupayaan bahan merintang daya hentakan yang dikenakan secara serta merta. Nilai keupayaan ini dijadikan ukuran keliatan kayu.
modulus of elasticitymodulus kekenyalanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKeupayaan kayu merintang canggaan apabila dikenakan daya atau beban, dan nilainya dapat ditentukan melalui ujian lentur piawai. Nilai modulus kekenyalan digunakan untuk mengira canggaan dan menentukan ketegaran kayu, dan nilainya yang tinggi menunjukkan nilai ketegaran kayu yang tinggi.
dead burnbakar lengaiKejuruteraanTiadaProses mengolah bahan bagi menghasilkan bahan refraktori tumpat yang merintang penghidratan atmosfera atau gabungan semula dengan karbon dioksida.
fire retardent testujian rintangan kebakaranPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanUjian untuk menentukan keupayaan kayu merintang kebakaran. Kayu yang diuji diawet dengan bahan cegah kebakaran dan diletakkan di atas nyala api yang dikawal dalam kabuk khas. Kehilangan berat dan suhu dicatat pada sepanjang tempoh ujian. Ada beberapa kaedah yang digunakan, iaitu ujian rintangan kebakaran tiub dan ujian rintangan kebakaran pintu kayu.
12

Kembali ke atas