Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rin.tis] | مرينتيس

Definisi : 1. menerangi hutan (dgn me­ne­bangi kayu-kayuan dll) utk membuat jalan: mereka dgn segera mengukur, ~, dan me­nebas anak-anak kayu membuat lorong jalan; 2. me­man-cang tanah yg akan dibuat jalan: pe­kerjaan ~ jalan raya ke pedalaman itu eloklah dilaku-kan oleh tenaga rakyat sendiri; 3. = ~ jalan pertama-tama me­ngerjakan sesuatu, membuka jalan, mem­pelopori: galakan harus diberikan kpd ahli-ahli sains Melayu utk ~ jalan supaya dapat dilalui oleh anak-anak Melayu; perubahan-perubahan besar yg dirintis oleh peng­hapusan faham feudal; 4. Kd menyiangi daun drpd pelepah (batang dll): ~ daun rum-bia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rin.tis] | مرينتيس

Definisi : 1 menebang pokok kayu dll di hutan utk membuat jalan: Mereka ~ hutan utk sampai ke kaki gunung itu. 2 = ~ jalan (pertama sekali) mengerjakan sesuatu usaha; mempelopori. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rintis
Kata Terbitan : rintisan, merintis, perintis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
armisticearmistisSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan awal penamatan perang yang paling berkesan, iaitu apabila kedua-dua pihak yang bertelagah bersetuju untuk menghentikan peperangan sementara menanti penyelesaian damai. Persetujuan tersebut bukan merupakan perjanjian damai, dan tidak bermakna secara sah menamatkan perang tetapi membuka jalan bagi persetujuan damai. Persetujuan ini biasanya dilakukan dengan persetujuan dua hala. Kadangkala dalam keadaan perjanjian damai hampir mustahil untuk diwujudkan, gencatan senjata boleh merintis perdamaian. Contohnya, dalam kes hubungan antara Israel dengan negara- negara Arab, rundingan damai menjadi de facto kepada status quo tersebut. Perkara ini berlaku pada tahun 1949 apabila perjanjian gencatan senjata antara negara Arab dengan Israel dimeterai sehingga membawa kepada perjanjian damai Camp David. Sinonim perjanjian gencatan senjata.
Chicago SchoolSekolah ChicagoKesenianSeni BinaGaya pemikiran seni bina yang dibangunkan oleh dua pengamal seni bina di Chicago, iaitu Burnham dan J.W. Root. Gabungan pemikiran mereka telah membangunkan perwatakan gaya seni bina yang dinamakan Chicago School dan telah terkenal di seluruh dunia. Dalam sejarah seni bina, Sekolah Chicago ialah sebuah institusi seni bina yang aktif di Chicago pada awal abad ke-20. Melalui gaya ini, teknologi baharu pembinaan rangka keluli dalam bangunan perdagangan telah dibangunkan selain pembinaan ruang estetik atau keindahan ruang yang selari dengan perkembangan modenisme yang berlaku di Eropah. Sekolah Chicago yang kedua, kemudiannya muncul pada tahun 1940-an dan 1970-an yang merintis teknologi bangunan baharu dalam sistem struktur seperti struktur tiub berbingkai. Antara ciri pendekatan Sekolah Chicago ialah penggunaan kerangka keluli untuk bangunan dengan kemasan batu, kawasan tingkap plat kaca besar dan jumlah hiasan luar yang terhad. Kadangkala, unsur-unsur seni bina neoklasik digunakan dalam bangunan pencakar lan

Kembali ke atas