mersawa | mersawa | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Anisoptera spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah loh, medang sawa, rengkung, sanai, sepah, petri dan terbak, dan di Sabah ialah pengiran. Spesies utamanya termasuk Anisoptera costata, A. corsiti, dan A. laevis. Gubal kayu mersawa sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya yang berwarna kuning tua dan menjadi gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini sukar dikerjakan kerana mengandungi silika yang boleh menumpulkan mata pemotong, lambat mengering, sederhana tahan, dan sukar diawet. Kayu mersawa banyak digunakan dalam pembuatan venir, papan lapis dan perabot, dan kerja binaan sederhana. |
refractory wood | kayu refraktori | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu yang sukar diproses dengan kaedah biasa, iaitu sukar dikerjakan, sukar dikeringkan atau sukar ditembusi pengawet. Misalnya, kayu mersawa. |
peeler log | balak kupasan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Balak yang berbentuk bulat dan lurus, mempunyai teras yang teguh dan mudah dikupas, dan yang sesuai diubah menjadi venir melalui proses kupasan. Spesies kayu yang utama yang boleh dijadikan balak kupasan ialah mersawa, damar minyak, meranti putih, dan meranti merah muda. |
Dipterocarpaceae | Dipterocarpaceae | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Famili tumbuhan yang menghasilkan kayu balak yang paling penting dan dominan di Malaysia dan Asia Tenggara. Tumbuhan dalam famili ini menghasilkan isipadu kayu yang paling banyak dan mempunyai nilai dagangan yang paling tinggi di Malaysia, dan hampir kesemua spesies dalam famili ini boleh didagangkan. Kayu ini boleh digolongkan dalam tiga kumpulan, berdasarkan ketumpatan dan ketahanan, iaitu kumpulan kayu ringan, kayu keras sederhana dan kayu keras berat. Contoh kayu keras ringan ialah alan, gerutu, melantai, meranti bakau, meranti merah muda, meranti merah tua, merawan, dan mersawa; contoh kayu sederhana ialah alan batu, kapur, dan keruing; dan contoh kayu keras berat ialah balau, balau merah, cengal, resak, giam, dan penyau. |