Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ta.bo.lis.me] | ميتابوليسمى

Definisi : (métabolisme) (Bio) proses kimia yg berlaku dlm semua sel hidup yg melibatkan pembinaan sebatian kompleks dan pengurai­annya semula menjadi sebatian ringkas utk menghasilkan tenaga; memetabolismekan memproses makanan dsb secara metabolisme: jika ubat itu diberi-kan dlm dos yg tinggi, hati mungkin tidak mempunyai enzim yg cukup utk ~nya; ke-upayaan tubuh utk ~ makanan dan meng-hasilkan tenaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ta.bo.lis.me] | ميتابوليسمى

Definisi : /métabolisme/ ist proses kimia dan fizikal yg melibatkan pembinaan bahan makanan yg lebih kompleks dan penguraian bahan yg kompleks menjadi bahan yg lebih ringkas, dan ini menghasilkan tenaga. memetabolismekan memproses makanan dsb secara metabolisme: keupayaan tubuh utk ~ makanan dan menghasilkan tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metabolisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antimetaboliteantimetabolitKimiaForensikSebatian organik yang melawan metabolisme,khususnya metabolisme baktelia yang menyebabkan penyakit. Sesetengah antimetabolit bertindak secara merencat enzim yang diperlukan oleh bakteria untuk pembesarannya. Sebatian ini dikenali sebagai antibiotik jika ia merupakan hasil sesetengah kulat atau strain semula jadi bakteria. Contoh antimetabolit yang kuat ialah dadah sulfa dan penisilin.
primary metabolitemetabolit primerHerbaFitokimiaHasil metabolisme primer, seperti asid amino, gula ringkas dan protein. Bahan ini amat penting bagi proses metabolisme sekunder. Lihat juga metabolisme sekunder, metabolit sekunder.
first-pass metabolismmetabolisme laluan pertamaPerubatanTiadaMetabolisme ubat yang berlaku di hepar pada kali pertama ubat tersebut melalui organ berkenaan setelah diserap dari salur usus. Ubat yang mengalami kadar metabolisme hepar yang tinggi akan menyebabkan banyak ubat diekstrak dari darah dan seterusnya mengurangkan biokeperolehan ubat tersebut dalam sirkulasi sistemik. Kadar metabolisme laluan pertama bergantung kepada kadar pengaliran darah hepar dan fungsinya. Ia perlu diambil kira dalam menentukan dos sesuatu ubat.
first-pass metabolismmetabolisme laluan pertamaFarmasiFarmakologiMetabolisme drug yang berlaku di hepar (hati) padapertama kali drug tersebut melalui organ berkenaan setelah diserap dari salur usus. Drug yang mengalami kadar metabolisme hepar yang tinggi akan menyebabkan banyak drug diekstrak dari darah dan seterusnya mengurangkan biokeperolehan drug tersebut dalam peredaran sistemik. Kadar metabolisme laluanpertamabergantung pada kadar pengaliran darah hepar dan fungsinya. Ia perlu diambil kira dalam menentukan dos sesuatu drug.
metabolism phase 2 reactiontindak balas metabolisme fasa 2PerubatanTiadaMetabolisme ubat yang menyebabkan berlakunya konjugasi molekul ubat tersebut atau metabolit dari metabolisme fasa satu dengan molekul endogenus seperti asid glukoronida, sulfat, glutation, asid amino atau asetat. Tindak balas ini berlaku di hepar dan menghasilkan molekul larut air yang mudah dikumuhkan melalui ginjal atau usus.
oncogeneonkogenBioteknologiTiadaGen yang dibawa oleh virus yang mempengaruhi kawalan metabolisme normal dan metabolisme sel yang menyebabkan barah.
basal metabolismmetabolisme asasVeterinarTiadaParas aktiviti metabolisme yang diperlukan oleh ternakan untuk menyenggarakan fungsi vital, seperti pernafasan, denyutan jantung dan fungsi ginjal serta hepar. Penyenggaraan fungsi bukan vital seperti aktiviti otot dan pencernaan tidak boleh dikira sebagai aktiviti metabolisme asas.
basal metabolismmetabolisme asasPerubatanTiadaParas aktiviti metabolisme yang diperlukan oleh haiwan untuk menyenggarakan fungsi vital, seperti pernafasan, kontraksi jantung dan fungsi ginjal serta hati. Penyenggaraan fungsi bukan vital, seperti aktiviti otot dan pencernaan tidak boleh dikira sebagai aktiviti metabolisme asas.
secondary metabolismmetabolisme sekunderHerbaFitokimiaProses perubahan lanjutan daripada metabolisme primer melalui perantaraan asid piruvik kepada sebatian atau kumpulan sebatian tertentu yang agak ringkas dan kecil (dengan berat molekul biasanya kurang daripada 2000 amu). Bagi sesuatu tumbuhan atau hidupan tertentu, metabolisme sekunder dilakukan berasaskan enzim yang wujud dan ditentukan oleh acuan genetik tumbuhan atau hidupan berkenaan.
basal metabolic rate (BMR)kadar metabolisme asas (KMA)Makanan dan PemakananPemakananKadar penggunaan tenaga untuk proses metabolisme badan dalam keadaan tertentu seperti setelah berpuasa selama 12 jam dan tidur yang mencukupi, tanpa sebarang aktiviti fizikal atau peningkatan emosi, dan dalam situasi yang selesa. Kadar metabolisme asas dikira berdasarkan formula, kilo kalori per kilogram berat badan per jam (kkal/m2/jam).
12345678910...

Kembali ke atas