Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.mo.sa] | ميموسا

Definisi : semalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mimosa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
touch-me-not (Mimosa invisa)semalu (Mimosa invisa)PertanianTiadaTiada
touch-me-not (Mimosa invisa)semalu (Mimosa invisa)VeterinarTiadaTiada
Mimosa pudicasemaluHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan rumpai jenis merayap dalam famili Leguminosae. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai malu-malu dan duri semalu. Semalu tumbuh di kawasan terdedah, kering dan terbiar. Batangnya berkayu liat dan berduri. Daunnya jenis majmuk yang menguncup apabila disentuh. Jambak bunganya jenis kapitulum dan berwarna merah jambu. Buahnya jenis lenggai, leper dan berbulu. Daun semalu dipanaskan sehingga mengeluarkan lendir untuk merawat bengkak dan masalah terseliuh. Air rebusan pokok ini diminum oleh kanak-kanak untuk mengatasi masalah sukar tidur, dan diminum oleh wanita untuk mengecutkan rahim dan vagina.
Beta CrucisBeta CrucisMatematikTiadaBintang raksasa magnitud pertama dalam buruj Crux. Mimosa.
haptonastyhaptonastiBiologiEkologiPergerakan yang dirangsang oleh sentuhan, misalnya pergerakan daun semalu, Mimosa pudica apabila disentuh.
mimosinemimosinaBiologiPatologiAsid amino yang banyak didapati di dalam biji, dan daun kekecang tertentu terutama dalam genus Mimosa. Bahan ini merupakan racun kepada haiwan, tumbuhan dan kulat tertentu.
secondary noxious weedrumpai berbahaya sekunderPertanianAgronomi

Rumpai yang kurang memberi ancaman kepada tanaman atau binatang tetapi boleh memudaratkan alam sekitar seperti menyekat laluan parit. Kebanyakan rumpai ini dibawa secara tidak sengaja melalui bahan yang diimport dari negara asing. Contohnya, semalu gergasi (Mimosa pigra) dan rumput ekor kucing (Pennisetum polystachyon). 

weedrumpaiVeterinarTiadaRumput-rampai dan tumbuhan renek serta berdaun lebar yang tumbuh secara bebas di merata-rata tempat seperti di kebun, ladang tanaman utama, tepi-tepi jalan atau di ban tali air. Sebahagian besar tumbuhan ini digemari oleh ternakan ruminan. Terdapat juga beberapa spesies rumpai berdaun lebar yang digemari oleh ternakan seperti rumput Israel (Asystasia intrusa) dan akar ulan (Mikania cordata). Manakala, jenis rumpai yang kurang digemari pula selalunya mempunyai ciri-ciri tumbuhan yang berduri seperti semalu (Mimosa pudica) dan terung liar (Solanum spp), berdaun kasar seperti mempelas (Tetracera indica) dan senduduk (Melastoma malabathricum), daun berbulu seperti akar kala (Clidemia hirta) dan letup-letup (Passiflora foetida) ataupun jenis yang berbau seperti pokok bunga tahi ayam (Lantana camara) dan maman pasir (Cleome cilita).

Kembali ke atas