Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.ne.ral] | مينرل

Definisi : 1. bahan pepejal berhablur spt kuarza, arang batu, uranium, dsb, yg terdapat secara semula jadi dlm kerak bumi dan batuan, bahan galian; 2. unsur bukan organik yg ringkas, biasanya diperlukan dlm kuantiti sedikit utk menjalankan metabolisme badan: tubuh kita memerlukan beberapa ~ utama utk tum-besaran dan kehidupan yg sihat; bawang putih juga mengandungi dua ~ pelindung, iaitu selenium dan germanium, yg baik utk kesihatan tubuh manusia; memineralkan menjadikan sesuatu bahan mengandungi mineral. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.ne.ral] | مينرل

Definisi : 1 bahan semula jadi yg diperoleh dr bumi dgn cara digali atau dilombong; bahan galian: Contoh ~ ialah arang batu dan besi. 2 unsur bukan organik yg ringkas, biasanya diperlukan dlm kuantiti yg sedikit utk menjalankan metabolisme badan: Tubuh kita memerlukan beberapa ~ utama utk tumbesaran dan kehidupan yg sihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mineral


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acid rockbatuan asidGeologiTiada1. Batuan igneus yang mengandungi 66 peratus silika atau lebih. 2. Batuan igneus yang mengandungi mineral-mineral bersilika tinggi. 3. Batuan igneus yang terdiri daripada mineral-mineral berwarna cerah.
mineral and mineral oremineral dan bijih mineralUndang-undangTiadaTiada
amangamangGeologiTiadaBesi berat, tungsten, dan mineral-mineral sekutuan lainnya yang terdapat bersama mendapan kasiterit.
eutectiod texturetekstur eutektiodGeologiTiadaPola saling pertumbuhan bagi dua mineral atau lebih, terbentuk disebabkan mineral-mineral tersebut mendak secara serentak sewaktu penghabluran.
eutectic texturetekstur eutektikGeologiTiadaPola saling pertumbuhan bagi dua mineral atau lebih, terbentuk disebabkan mineral-mineral tersebut mendak secara serentak sewaktu penghabluran.
beach concentratepadatan pantaiGeologiTiadaLonggokan semula jadi mineral-mineral berat di pasir pantai.
crystalline rockbatuan hablurKejuruteraanTiada2. Batuan yang mengandungi mineral-mineral dalam bentuk hablur.
dark mineralmineral gelapGeologiTiadaMineral dari kumpulan mineral pembentukan batuan yang berwarna gelap pada keratan tipis.
homeoblastichomeoblasGeologiTiadaBerkaitan dengan tekstur kristaloblas metamorf yang mempunyai mineral-mineral juzuk yang hampir sama saiznya.
light mineralmineral ringanGeologiTiada1. Mineral pembentuk batuan yang mempunyai graviti tentu kurang daripada 2.8, termasuk mineral seperti kuarza, kalsit, feldspar, feldspatoid, dan sesetengah mika. 2. Mineral berwarna cerah.
12345678910...

Kembali ke atas