oil emulsion | emulsi minyak | Kejuruteraan | Tiada | Percampuran air dengan minyak, dan minyak akan terampai dalam bentuk titisan kecil. |
interface detector | pengesan antara muka | Kejuruteraan | Tiada | Alat elektrik yang digunakan untuk mengesan sempadan di antara air dengan minyak. |
solvent-solvent fractionation | pemeringkatan pelarut-pelarut | Herba | Fitokimia | Proses pengeluaran sesuatu sebatian antara dua larutan yang tidak larut campur. Contohnya, pengasingan minyak pati daripada hasil penyulingan wap dengan cara menyekatkan minyak pati antara heksana dengan air. Minyak pati akan terlarut ke dalam heksana. |
oil zone | zon minyak | Kejuruteraan | Tiada | Kawasan reservoir antara sentuhan minyak gas dengan sentuhan minyak air. |
detergent | detergen | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Bahan yang dapat mengurangkan ketegangan permukaan air dan merupakan agen permukaan yang aktif. Ia berkumpul pada antara muka air dengan minyak dan menghasilkan tindakan mengemulsi bagi membantu pembersihan bahan kotoran. |
oil cloth | kain minyak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahan kalis air daripada lapisan fabrik kapas yang dioksidakan dengan minyak biji rami atau minyak lain, atau resin sintetik seperti klorida polirinil. |
water distillation | penyulingan air | Herba | Tiada | Kaedah mengasingkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan air. Bahan herba dididihkan dalam air dan campuran wap minyak pati menyejat dan terkondensasi semula untuk menghasilkan minyak pati yang terpisah. Penyulingan air ialah kaedah rasmi untuk menentukan kuantiti minyak pati dalam bahan mentah herba. Contohnya, penentuan nilai ekstraktif minyak pati dalam bunga cengkih dan minyak kayu putih. |
oil wet rock | batuan basah minyak | Kejuruteraan | Tiada | Batuan yang lebih cenderung dibasahi minyak berbanding dengan air. |
centrifuge test | ujian empar | Kejuruteraan | Petroleum | Ujian yang dilakukan terhadap sampel minyak atau emulsi minyak-air bagi menentukan kandungan sedimen asas air yang terdapat di dalam sampel tersebut. Sampel yang diuji dimasukkan ke dalam tiub empar yang kemudiannya diletakkan di dalam peralatan emparan di mana tiub tersebut akan diputar. Dengan putaran tersebut, sedimen asas dan air yang terdapat dalam sampel akan pecah dan terpisah dari minyak. Kuantitinya akan boleh ditentukan berdasarkan skala yang terdapat pada tiub emparan yang digunakan. |
steam distillation | penyulingan stim | Herba | Fitokimia | Pengekstrakan sebatian meruap daripada tumbuhan beraroma dengan melalukan stim ke atas bahan yang hendak diekstrak. Kaedah ini melibatkan proses azeotropi, iaitu apabila minyak pati teruap bersama-sama dengan air. Hasil kondensasi berupa cairan dua lapis dengan air pada lapisan bawah dan minyak meruap pada lapisan atas. Minyak yang meruap kemudian dipisahkan daripada air. Contohnya, pengekstrakan minyak pati daripada serai wangi (Cymbopogon nardus). |