Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.sa] | ميسا

Definisi : Id = ~ kudus = ~ suci upacara persem­bahan korban (roman Katolik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata misa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heroic talecerita wiraan/eposKesusasteraanTiadaCerita pahlawan yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa dan disampaikan dari satu generasi ke satu generasi. Contoh: Hikayat Hang Tuah, Hikayat Chindor Mato dan Cerita Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma.
annalcatatan sejarahKesusasteraanTiadaCatatan atau rekod bersifat sejarah yang ditulis berdasarkan urutan masa, tahun demi tahun secara kronologi. Ada kalanya catatan masa lengkap dengan tahun, bulan, dan hari. Catatan sejarah merupakan suatu bentuk penulisan sejarah yang awal. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, wujud sejenis karya yang mempunyai ciri-ciri penulisan catatan sejarah, yang dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah. Dalam karya berkenaan, unsur sejarah dapat dilihat, terutamanya berkaitan dengan penurunan salasilah raja-raja, pembukaan kota, dan rentetan peristiwa berkronologi yang berlaku dalam sesebuah kerajaan. Contoh karya dalam kesusasteraan Arab ialah Kital al-Suluk oleh al-Maqrizi. Manakala contoh karya catatan sejarah yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, dan Tuhfat al-Nafis. Karya catatan sejarah juga disebut sebagai kronikel. Penggunaan kronikel mencakupi bidang yang lebih luas, meliputi peristiwa utama dalam pemerintahan

Kembali ke atas