Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.sai] | ميساي

Definisi : I bulu yg tumbuh antara bibir atas dgn hidung, kumis; ~ bertaring bagai panglima, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa sahaja yg hebat dan garang, tetapi pengecut; spt ~ pulang ke bibir prb kembali ke tempat asalnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.sai] | ميساي

Definisi : ; daun ~ kucing sj tumbuhan, ara batu; rumput ~ adam sj tumbuhan (rumpai), The-meda arguens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.sai] | ميساي

Definisi : bulu yg tumbuh di antara bibir atas dgn hidung; kumis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
misai (kata nama)
Bersinonim dengan kumis, sungut, sesungut, sungut-sungut, berengus, janggut, jenggut.,

Puisi
 

Ada satu panglima Pulai,
     Pelihara janggut serta misai;
Begitu banyak kain di kedai,
     Berkain kasar dengan cindai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Misai bertaring bagai penglima,
     sebulan sekali tak bunuh orang.

Bermaksud :

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi penakut.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bungai misai kucingbunga misai kucingKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga misai kucing.
Orthosiphon stamineusMisai kucingPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae adalah jenis renik. Batangnya bersegi. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, berbentuk ovat dengan tepinya daun berlekuk-lekuk. Bunganya berwarna putih dan ungu muda dengan stamen panjang yang menjulur keluar seperti misai kucing. Antara sebatian kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah flavonoid, glukosida, minyak pati, sapotonin, ortosifonida, orthosifonin saponin, mioinositol dan sinensetin. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan hiasan. Daunnya dibuat teh herba. Seduhan daun diminum untuk merawat kencing manis, batu buah pinggang dan tekanan darah tinggi.
Orthosiphon stamineusmisai kucingHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Acanthaceae jenis renek dan batangnya bersegi. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan berbentuk ovat dengan tepi daunnya berlekuk-lekuk. Bunganya berwarna putih dan ungu muda dengan stamen panjang yang menjulur keluar seperti misai kucing. Antara sebatian kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah flavonoid, glukosida, minyak pati, sapotonin, ortosifonida, ortosifonin, saponin, mioinositol dan sinensetin. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan hiasan. Daunnya dibuat teh herba, manakala seduhan daun pula diminum untuk merawat kencing manis, batu karang dalam buah pinggang dan darah tinggi.
whisker crystalhablur misaiFizikTiadaTiada
cat's whiskermisai kucingKejuruteraanTiadaTiada
Klinefelter�s syndromeXXYKejururawatanTiadaKeabnormalan pada kromosom seks lelaki yang mengganggu perubahan semasa baligh seperti tidak mempunyai misai dan suara tidak garau.
serrateseratHerbaBotani dan BioteknologiBentuk tepi daun yang bergerigi. Gerigi menghala ke atas seperti mata gergaji. Contohnya, daun misai kucing (Orthosiphon stamineus).
adolescentremajaPerubatanTiadaAnak yang umurnya mencakupi peringkat baligh, iaitu apabila munculnya ciri-ciri seks sekunder seperti datang haid, dan tumbuhnya misai sehinggalah sempurnanya pertumbuhan fizikal. Lazimnya tempoh peringkat remaja bagi lelaki ialah 14�25 tahun, dan bagi perempuan pula 12�21 tahun.
sex hormonehormon seksPerubatanTiadaSekumpulan hormon yang dibentuk dan dirembeskan terutamanya oleh gonad. Hormon ini bertanggungjawab terhadap perkembangan ciri sekunder seks, seperti pertumbuhan misai dan janggut pada lelaki dan berupaya merangsangkan perkembangan organ pembiakan.
ciri seks sekundersecondary sexual characteristicBiologiEkologiCiri yang terdapat pada sesuatu jantina haiwan, yang membezakannya dengan jantina yang satu lagi. Perkembangan ciri tersebut lazimnya dipengaruhi oleh androgen dan estrogen. Antara ciri tersebut termasuklah pertumbuhan misai dan suara serak pada lelaki, tanduk pada rusa jantan, serta perbezaan warna, bentuk, dan saiz kedua-dua seks, seperti yang kelihatan pada burung dan ikan. Sinonim ciri epigamic.

Kembali ke atas