postmodenism | pascamodenisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang dilihat sebagai lanjutan daripada modenisme serta mencabar tradisi dan konvensi. Pancamodenisme dilihat sebagai pemisahan daripada modenisme, terutamanya dalam mempertikaikan keutuhan struktur karya modenisme secara lebih radikal. Contohnya, novel Merahnya Merah oleh Iwan Simatupang. Novel ini mempersoalkan realisme, kesatuan teks dan penyelesaian teks yang rapi. Aliran ini mula berpengaruh pada tahun 1960-an. Sejak itu, istilah ini mula digunakan untuk memerikan karya seni. Lihat juga metafiksyen, modenisme. |
modernism | modenisme | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni yang menekankan konsep moden. Konsep modenisme adalah tema utama dalam seni bina moden pada abad ke-20. Pemahaman ini semakin popular di peringkat global terutamanya selepas Perang Dunia Kedua. Seni bina modenisme telah diguna pakai oleh ramai arkitek dan pendidik seni bina, dan menjadi gaya seni bina dominan untuk bangunan institusi dan korporat pada abad ke-21. Arkitek yang penting kepada sejarah dan perkembangan gerakan seni bina moden ialah Ludwig Mies van der Rohe, Le Corbusier, Walter Gropius, Erich Mendelsohn, Frank Lloyd Wright, Louis Sullivan, Gerrit Rietveld, Bruno Taut, Arne Jacobsen, Oscar Niemeyer dan Alvar Aalto. |
modernism | modenisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran seni dan sastera yang cuba mengubah norma dan nilai tradisi dengan teknik baharu dari segi bentuk dan struktur. Pada masa yang sama, aliran ini memberikan tumpuan kepada kesedaran subjektif individu serta keterasingannya. Unsur dalam aliran medonisme diterapkan dalam aliran lain seperti simbolisme, eksistensialisme dan surealisme. Modenisme mula diperkenalkan pada akhir abad ke-19 dan banyak mempengaruhi penulis pada abad ke-20. |
modernism | modenisme | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
modernism | modenisme | Sejarah | Tiada | Tiada |
modernism | modenisme | Kesenian | Tiada | Pemahaman dan pendekatan seni yang menekankan konsep seni lukis moden. |
late modernism | modenisme penghujung | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang wujud pada sekitar tahun 1970-an, yang memasukkan elemen industri dan teknologi ke dalam reka bentuk bangunan. Struktur bangunan ditunjukkan di bahagian luar dan di dalam bangunan. Penggunaan struktur logam dan stuktur konkrit tetulang menjadi pilihan arkitek pada era ini. Contoh bangunan berkonsepkan seni bina ini ialah bangunan HSBC Bank di Hong Kong oleh arkitek Norman Foster. Seni bina ini dikenali juga sebagai seni bina dalam fasa terakhir seni bina moden atau seni bina mengekspresi struktur. Sinonim seni bina teknologi tinggi. |
eco-modernism | ekomodenisme/ modenisme ekologi | Umum | Tiada | Tiada |
eco-modernism | ekomodenisme/ modenisme ekologi | Umum | Tiada | Tiada |
high-tech architecture | seni bina teknologi tinggi | Kesenian | Seni Bina | Lihat modenisme penghujung. |