nausea | mual | Perubatan | Tiada | Lihat loya. |
postoperative nausea and vomiting (PONV) | mual dan muntah pascabedah (PONV) | Perubatan | Tiada | Komplikasi yang berlaku selepas anestesia menggunakan opioid dan selepas pembedahan tertentu seperti pembedahan ginekologi, laparoskopi dan telinga tengah. |
nausea | nausea | Perubatan | Tiada | Rasa mual atau loya yang boleh menyebabkan muntah. |
morning sickness | mabuk hamil | Kejururawatan | Tiada | Mual dan muntah pada waktu pagi yang dialami oleh sesetengah ibu hamil semasa trimester pertama kehamilan. |
sea sick | mabuk laut | Perubatan | Tiada | Rasa mual dan pening semasa berlayar. |
antiemetic | antiemetik | Perubatan | Tiada | Ubat yang digunakan untuk menghalang rasa mual dan muntah, yang bertindak dengan merencat tindak balas pada pusat muntah di otak. Ubat ini digunakan dalam masalah mabuk perjalanan, muntah yang disebabkan oleh ubat antikanser dan alahan mengandung. Antara kumpulan ubat antiemetik ialah perencat reseptor 5-HT3 dan perencat reseptor dopamina. Contoh ubat ialah Ondansetron dan Chlorpromazine. Sinonim antimuntah. |
antiemetic | antiemetik | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan mencegah atau merawat muntah dan mual. 2. Agen yang berupaya mencegah atau merawat muntah. Kebanyakan agen ini boleh diberikan sama ada secara oral, suntikan atau tablet. Contob agen ini ialab dolasetron, granisetron dan ondansetron. Sinonim drug antiemetik. |
nausea | loya | Perubatan | Tiada | Rasa tidak enak di sekitar epigastrium dan abdomen, yang lazimnya menyebabkan berlakunya muntah. Sin: mual |
poisoning | keracunan | Perubatan | Tiada | Keadaan akibat termakan racun, sama ada racun kimia atau racun mikroorganisma. Antara gejala keadaan ini ialah mual, muntah-muntah dan sakit perut. Misalnya, keracunan makanan dan keracunan akibat dadah. |
drug effect | kesan drug | Farmasi | Farmakologi | Kesan daripada pengambilan sesuatu drug. Kesan ini lebih merujuk kepada keupayaan untuk menghasilkan kesan yang dikehendaki (kesan terapeutik) daripada pengambilan sesuatu drug.Contohnya, drugantiemetik seperti dolasetron diambil untuk merawat seseorang yang mengalami rasa mual atau muntah. |