osteomyelitis | osteomielitis | Perubatan | Tiada | Inflamasi tulang yang disebabkan oleh organisma piogen. Inflamasi mungkin setempat ataupun mungkin merebak ke seluruh tulang dan melibatkan sumsum, korteks, tisu kanselus dan periosteum. |
growth | ketumbuhan | Perubatan | Tiada | Tisu yang membesar secara tidak normal. Tisu ini mungkin bersifat tumor dan mungkin tidak. |
statistical hypothesis | hipotesis statistik | Matematik | Tiada | Satu andaian atau kenyataan tentang satu populasi atau lebih, yang mungkin benar atau mungkin tidak. Andaian itu diterima atau ditolak melalui ujian hipotesis. |
anomaly | anomali | Perubatan | Tiada | Kelainan yang ketara daripada biasa, terutamanya yang berkaitan dengan kecacatan sejak lahir. Kecacatan ini mungkin bersifat keturunan, mungkin tidak. |
gas processing plant | loji pemprosesan gas | Kejuruteraan | Petroleum | 1. kemudahan yang direka untuk memproses gas asli bagi mendapatkan cecair gas asli. Gas asli yang diproses mungkin sudah atau mungkin belum mengalami pemprosesan di pemisah pajak atau di kemudahan medan. 2. Kemudahan yang direka untuk mengawal mutu gas asli yang akan dipasarkan kepada pengguna. |
most likely time | masa paling mungkin | Pentadbiran | Tiada | Masa paling mungkin untuk menyiapkan satu aktiviti. |
most likely activity time | masa aktiviti paling mungkin | Pentadbiran | Tiada | Masa paling mungkin untuk menyiapkan satu aktiviti. |
tarn | tarn | Geologi | Tiada | Tasik kecil yang mungkin terdapat di paya atau yang mungkin memenuhi lembangan di tengah-tengah banjaran gunung. |
wheal | bintat | Perubatan | Tiada | Bahagian kulit yang berwarna lebih merah atau pucat daripada warna kulit di sekelilingnya, yang sering kali disertai dengan gatal-gatal. Bintat ini mungkin menghilang dengan cepat atau mungkin dalam masa beberapa jam. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh gigitan serangga, alergi dan lain-lain. |
penicillin | penisilin | Perubatan | Tiada | Sekumpulan besar antibiotik yang mungkin wujud secara semula jadi atau mungkin dapat disintesis secara langsung atau tidak langsung terutama daripada kulat genus Penicillium. Antibiotik ini sama ada dapat membunuh atau merencatkan pertumbuhan bakteria yang rentan terhadapnya. |