Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mus.nah] | موسنه

Definisi : binasa sama sekali, hilang lenyap, rosak: sebanyak dua belas buah rumah telah ~ dijilat api; memusnahkan membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja; kemusnahan perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan: semenjak penduduknya diperin-tahkan berpindah, seluruh Kampung Beringin itu terbiar menghadapi ~; pemusnahan perihal atau perbuatan memus­nahkan, pembinasaan: penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia; pemusnah yg memusnahkan (membinasa­kan): benarkah surat layang suatu ejen ~ masyarakat? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mus.nah] | موسنه

Definisi : binasa sama sekali; hilang lenyap; rosak: Rumah-rumah haram itu telah ~ dijilat api. memusnahkan menyebabkan jadi musnah; membinasakan; merosakkan: Bom atom telah ~ bandar Hiroshima dan Nagasaki. kemusnahan keadaan atau hal musnah; kebinasaan. pemusnahan perbuatan atau hal memusnahkan; pembinasaan. pemusnah yg memusnahkan: usaha utk menghapuskan ~ masyarakat dan bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musnah (adjektif)
Bersinonim dengan binasa, ranap, punah, hancur, hancai, remuk, jahanam, rosak, lingkup, tengkarap, hapus, sirna;,
Kata Terbitan : memusnahkan, kemusnahan, pemusnahan, pemusnah,

Peribahasa

Langit runtuh,
     bumi telah terban.

Bermaksud :

Segala harapan sudah musnah. (Peribahasa lain yang sama makna: Langit runtuh, bumi cair). terban = runtuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
destructive wavegelombang musnahKejuruteraanTiadaGelombang musnah: Gelombang tak sefasa yang bersaling tidak antara satu dengan yang lain menyebabkan panduan amplitud gelombang mengecil.
annihilation photonfoton musnah habisKimiaTiadaFoton yang terhasil daripada proses musnah habisan pasitron dan elektron.
annihilation photonfoton musnah habisKejuruteraanTiadaFoton yang terhasil daripada proses musnah habisan pasitron dan elektron.
annihilation forcedaya musnah habisKejuruteraanTiadaDaya antara zarah dan antizarah yang mempengaruhi proses musnah habis.
annihilationmusnah habisKejuruteraanTiadaProses perlanggaran antara zarah dengan antizarah yang kedua-duanya hilang menjadi tenaga musnah habis.
annihilation radiationsinaran musnah habisFizikAtom dan NuklearSinaran elektromagnet yang terhasil daripada proses musnah habis antara zarah dengan antizarah. Contohnya, pelanggaran elektron dan positron menghasilkan sinaran gama.
destructive testujian musnahKejuruteraanTiadaKaedah pengujian bahan atau struktur untuk menentukan ciri-ciri kekuatannya secara langsung. Ujian dilakukan ke atas bahan sehingga musnah.
destructive testingujian musnahKejuruteraanKejuruteraan BangunanKaedah pengujian bahan atau struktur untuk menentukan ciri-ciri kekuatannya secara langsung. Kaedah ini boleh mencacatkan tekstur permukaan atau merosakkannya akibat daripada proses penerasan. Salah satu ujian musnah yang tidak asing lagi ialah ujian teras konkrit. Melalui ujian ini, sampel teras konkrit diperolehi daripada anggota struktur dengan cara menggerudi, dan ini akan meninggalkan lubang sebesar di antara 50 mm hingga 100 mm pada struktur berkenaan.
non-destructive testingujian tanpa musnahKejuruteraanKejuruteraan BangunanUjian yang dilakukan tanpa memusnahkan bahan yang diuji oleh kerana pengukuran yang dibuat menggunakan gelombang ultrabunyi. Ujian halaju denyut ultrabunyi (PUNDIT) dan ujian tukul pantul Schmidt merupakan contoh ujian tanpa musnah yang sudah tidak asing lagi.
annihilationmusnah habisFizikTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas