dernier cri | fesyen mutakhir | Kesenian | Tiada | Fesyen pakaian yang terbaharu. |
contemporary film | filem mutakhir | Komunikasi | Tiada | Filem yang mengisahkan tentang peristiwa semasa yang berlaku pada zaman filem itu diterbitkan. |
downfall | keruntuhan | Sejarah | Tiada | Kemusnahan atau kebinasaan yang mutakhir bagi sesebuah empayar, tamadun, monarki atau pemerintahan. |
chief timekeeper form | borang ketua penjaga masa | Sukan | Tiada | Borang yang digunakan oleh ketua penjaga masa untuk melaporkan catatan masa mutakhir para peserta dalam sesuatu acara. |
chief finishing judge report form | borang laporan ketua hakim penamat | Sukan | Tiada | Borang yang digunakan oleh ketua hakim penamat untuk melaporkan kedudukan mutakhir para peserta dalam sesuatu acara. |
act of war | tindakan perang | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Menurut tatacara peraturan antarabangsa, negara atau pemerintah mempunyai hak untuk mengambil tindakan perang apabila merasakan perlu berbuat demikian. Prinsip yang boleh mengekang tindakan perang ini dipengaruhi oleh pertimbangan kebajikan umum. Namun demikian, dalam keadaan mutakhir ini piagam PBB mengenai peperangan dengan jelas telah memutuskan sempadan tindakan pemaksaan (perang) secara sah atau tidak sah. Tindakan kekerasan hanya boleh dikenakan bagi tujuan mempertahankan diri. Walau bagaimanapun, dalam keadaan mekanisme pengurusan konflik yang lemah kebanyakan negara menangani konflik secara kekerasan termasuklah perang. Dalam keadaan semasa, perang gerila dan tindakan keganasan secara terancang menjadikan peraturan peperangan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Penglibatan pihak asing dalam kancah perang saudara dan perang antara negara merumitkan lagi keadaan, seperti krisis di Timur Tengah. |
standby space | ruang menunggu | Komunikasi | Korporat | Sistem yang diguna pakai oleh syarikat penerbitan media cetak untuk penyiaran iklan pada sebarang waktu dan ruang yang dikosongkan. Pihak penerbit akan melompangkan ruang untuk siaran berita atau bahan siaran yang bersifat semasa, sebelum sesuatu penerbitan itu dicetak. Sekiranya tiada bahan mutakhir yang boleh mengisi lompang tersebut, ruang ini akan digantikan dengan iklan yang telah sedia menunggu/ Kesan akhirnya ialah keseluruhan ruang digunakan sepenuhnya. Oleh sebab ciri pengiklanan dari segi waktu dan ruang tidak tetap, maka kos yang dikenakan kepada pengiklan adalah lebih rendah berbanding iklan lain yang dijadualkan lebih awal. Kedudukan ruang iklan biasanya terletak di halaman yang kurang mendapat perhatian dan tidak strategik dari segi nilai berita. |
Malaysian grading rule | Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Satu sistem penggredan khusus untuk semua kayu keras gergaji yang berasal dari Malaysia atau kawasan yang berhampiran dengannya, kecuali kayu jati. Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984 adalah sistem penggredan yang mutakhir dan berkuatkuasa sehingga digantikan dengan yang lain. Sistem penggredan ini mengandungi dua bahagian utama, iaitu khusus untuk spesifikasi pasaran umum dan spesifikasi pasaran khas. Peraturan yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1949 ini telah dipinda beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1960 dan 1968 dan terakhir sekali pada tahun 1984. Pindaan dan pengubahsuaian ini perlu dilakukan selaras dengan perubahan teknologi dan penggunaan kayu. Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia lebih dikenali dengan singkatan Inggerisnya MGR. |
unproductive labour | buruh tak produktif | Ekonomi | Tiada | Buruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang-barang ketara. Mengikut Adam Smith, buruh tak produktif termasuk buruh yang terlibat dalam perkhidmatan seperti tentera, pekerja gereja, peguam, pelukis, kerani dan pentadbir. Pengelasan Adam Smith ini tidak berasas kerana perkhidmatan juga merupakan barang ekonomi dalam bentuk output tak ketara, tetapi mengikut pendapat mutakhir buruh yang terlibat dalam perkhidmatan dianggap buruh produktif. |
terasul | terasul | Kesusasteraan | Tiada | Kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba. |