intonation | intonasi | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan nada suara semasa ujaran atau bercakap. Nada suara ini memperlihatkan sikap pengucap, seperti menyindir, marah dan hairan. Intonasi membezakn sesuatu ujaran itu sama ada pernyataan atau persoalan. Contohnya, pernyataan biasa seperti �kami akan pulang� boleh dijadikan sesuatu soalan dengan mengubah nada suara daripada rendah kepada tinggi. Intonasi banyak digunakan dalam deklamasi sajak, membaca gurindam dan syair. |
positive tone | nada positif | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nada suara yang menyenangkan. |
impersonal tone | nada kasar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nada suara yang kasar. |
tactful tone | nada diplomasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nada suara yang bersopan santun. |
negative tone | nada negatif | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nada suara yang tidak menyenangkan. |
tactless tone | nada tak berdiplomasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nada suara yang kasar dan tidak bersopan santun. |
friendly human tone | nada ramah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nada suara yang peramah. |
voice | suara | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan pengarang yang tersendiri dan terserlah. Gaya penulisan melalui penggunaan diksi, ritma, nada suara, dan lain-lain. Suara juga merujuk kepada sikap dan pemikiran pengarang atau narator. Konsep ini mula diperkenalkan oleh I.A. Richards dalam karyanya berjudul Practical Criticism. Dalam karya ini, penulis menunjukkan cara pertuturan yang mencerminkan tanggapan penutur terhadap status sosial, kebijaksanaan, kepekaan khalayaknya, dan hubungannya dengan mereka. |
pitch scale factor | faktor skala nada | Teknologi Maklumat | Tiada | Faktor yang menentukan peranti gelombang audio menukar nada suara atau pic. Contohnya faktor skala nada bernilai dua menyebabkan peningkatan nada sebanyak satu oktaf. |
voice print | cap suara | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Set ciri yang boleh diukur pada suara manusia yang boleh membezakan identiti setiap individu secara unik. Ciri ini terhasil akibat aliran udara melalui bentuk fizikal mulut, tekak dan rongga manusia yang berbeza. Nada suara yang dihasilkan boleh diwakilkan dalam bentuk formula matematik. Cap suara merupakan gabungan sampel rakaman nada suara, bentuk formula matematik yang dihasilkan dan juga perwakilan Fourier. Cap suara biasanya digunakan sebagai asas perbandingan dalam sistem biometri. |