daman bil nafs | jaminan diri | Perniagaan Islam | Tiada | Lihat kafalah bil nafs. |
kafalah bil nafs | jaminan diri | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi memastikan pihak yang dijamin hadir ke mahkamah. Menurut mazhab Syafii, jaminan diri boleh dilakukan dalam semua urusan yang berkaitan dengan hak manusia, seperti kes yang melibatkan harta atau hukuman mengikut qisas dan qazaf. Kafalah bil nafs tidak boleh diaplikasi sekiranya berkaitan dengan hak Allah s.w.t. seperti ibadat dan hukum hudud. Sinonim daman bil nafs. |
wilayah ‘ala nafs | kuasa pengawasan individu | Perniagaan Islam | Tiada | Kuasa perundangan yang diberikan kepada individu bagi mentadbir dan menguruskan individu lain. Contohnya, kuasa pengawasan kanak-kanak kepada pengasuh, penjaga dan guru. |
niyabah shar‘iyyah ijbariyyah | wakil syarak dengan paksaan | Perniagaan Islam | Tiada | Individu yang dilantik oleh syarak atau mahkamah untuk menjalankan urusan tertentu yang diharuskan oleh syarak bagi pihak orang yang tidak sempurna kelayakannya. Contoh pelantikan oleh syarak ialah bapa sebagai wakil pengawasan dan pengurusan bagi anaknya (sultah asliyyah) dan pelantikan oleh mahkamah ialah wasi sebagai wakil pengawasan dan pengurusan bagi individu kanak-kanak (sultah niyabiyyah). Kuasa pengawasan ini terbahagi kepada dua, iaitu wilayah ‘ala nafs dan wilayah ‘ala mal. |