Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sio.na.lis.me] | ناسيوناليسمى

Definisi : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam: sekolah rakyat dlm cerita itu akan menjadi simbol ~; 2. pergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik drpd kuasa asing, se­mangat kebangsaan: kaum intelek yg berpen­didikan Barat menjadi pelopor ~, politik dan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.sio.na.lis.me] | ناسيوناليسمى

Definisi : 1 perasaan cinta pd negara dan bangsa sendiri. 2 pergerakan membebaskan negara atau ekonomi drpd cengkaman kuasa asing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasionalisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nationalismnasionalismeMuzikTiada

 Gaya muzik yang muncul pada abad ke-19. Idea dan semangat patriotisme ditekankan dan disampaikan melalui muzik. Karya muzik mengandungi elemen muzik rakyat dari segi ritma dan melodi. Ritma tarian rakyat dan personaliti tokoh juga digunakan sebagai asas penciptaan muzik. Contohnya, Boris Godunov (1869) oleh Mussorgsky.

biological nationalismnasionalisme bangga bangsaSejarahTiadaSemangat kebangsaan yang mengagung-agungkan keturunan sesuatu bangsa yang dianggap lebih istimewa daripada bangsa lain seperti fahaman Nazi oleh Hitler.
supra-nationalismsupra-nasionalismeSains PolitikTiadaTiada
bourgeois nationalismsemangat kebangsaan burjuisSejarahTiadaSemangat nasionalisme yang muncul di kalangan golongan pertengahan biasanya ahli-ahli perniagaan.
embryonic nationalismnasiolisme embrionikSejarahTiadaPertumbuhan semangat nasionalisme yang masih di peringkat awal biasanya di kalangan orang-orang bawahan sahaja.
American LegionLegion AmerikaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi bekas pejuang perang dunia Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1919. Tujuan umumnya adalah untuk membela tatacara hidup Amerika Syarikat, iaitu menentang pengaruh komunisme dan membina semangat nasionalisme yang kuat. Secara khusus pula, organisasi ini berperanan membela veteran perang Amerika Syarikat.
FascismFasismeKesenianSeni BinaGaya seni bina yang dibangunkan oleh arkitek masyarakat Fasis yang diasaskan oleh Benitto Musolini di Itali pada awal abad ke-20. Gaya seni bina ini popular pada lewat 1920-an dengan kebangkitan modenisme bersama-sama dengan nasionalisme yang berkaitan dengan kerajaan Fasis di Eropah barat. Pendekatan seni binanya banyak merujuk kepada gaya seni bina Rom Purba.
twentieth century musicmuzik abad ke-20MuzikTiada

 Zaman muzik pada abad ke-20 yang merangkumi gaya impresionisme, nasionalisme, ekspresionisme, atonal, muzik dodekafon, neoklasisme, serialisme, muzik aleatori, musique concrete, muzik mikroton, total serialisme, minimalisme dan muzik berintegrasi teknologi komputer. Muzik abad ke-20 biasanya melibatkan pengaruh muzik rakyat dan estetik seni muzik dunia seperti Asia dan Afrika. Alat bukan muzik seperti mesin taip, siren dan penjana elektrik digunakan oleh komposer untuk menghasilkan bunyi dalam gubahan mereka. Debussy, Stravinsky, Schoenberg, Berg, Webern, George Crumb, John Cage, Steve Reich, Takemitzu dan Ligheti adalah antara komposer abad ke-20 yang terke

rhapsodyrhapsodiMuzikTiada

 Tajuk karya bagi muzik instrumental terutamanya untuk piano solo pada abad ke-19. Istilah rhapsody berasal daripada bahasa Yunani, iaitu rhapsoidos. Rhapsodi merupakan fantasi yang mempunyai elemen nasionalisme dan epik. Melodi atau ritma lagu rakyat merupakan ciri utama dalam karya jenis ini. Rhapsodi biasanya hanya mengandungi satu gerakan muzik yang tidak bergantung pada sebarang bentuk atau teknik kar­ya tertentu. Contohnya, Rhapsody on a Theme of Paga-nini, Op. 43 (1934) oleh Rakhmaninov dan Rhapsody in Blue (1924) oleh Gershwin.

moro-moromoro-moroKesusasteraanTiadaDrama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme.
12

Kembali ke atas