Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ra.ca] | نراچ

Definisi : 1. alat utk menimbang (yg lengannya sama panjang), sj dacing; 2. timbangan, dacing: alat yg digunakan utk mencari beratnya sesuatu benda itu dinamakan ~; ~ spring timbangan yg menggunakan spring; 3. Id catatan perbandingan wang masuk dan wang keluar (untung rugi dll) oleh sesuatu badan perniagaan dll, timbangan kira-kira; 4. per­bandingan berat (kuat dll), pertimbangan: ~ kekuatan; ~ pembayaran Id perbandingan antara penerimaan dan pengeluaran wang (dlm perniagaan antarabangsa); ~ perdagang­an Id perbandingan antara eksport dan import (oleh sesebuah negara); ~ palingan bungkal, hati palingan Tuhan prb fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah; ~ yg palingan, bungkal yg piawai prb perihal hakim yg adil hukuman­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ra.ca] | نراچ

Definisi : 1 alat penimbang yg berdaun dua dan lengannya sama panjang (pd daunnya yg sebelah diletakkan barang dan pd daun yg sebelah lagi diletakkan batu penimbang). 2 sesuatu yg diguna­kan utk menimbang. ~ spring neraca yg memakai spring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
neraca (kata nama)
1. Bersinonim dengan dacing: alat timbang, penimbang, mizan,

2. Bersinonim dengan perimbangan: perbandingan, kadar, nisbah, nilai.,


Peribahasa

Neraca palingan Allah,
     mata palingan setan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chemical balanceneraca kimia; keseimbangan kimiaKimiaTiadaNeraca kimia: Neraca yang digunakan di dalam kerja-kerja analisis kimia.
equal arm balanceneraca lengan samaFizikMekanikNeraca ringkas yang mempunyai jarak yang sama antara titik penyokong alang lengan neraca dengan kedua-dua piring di hujung lengan.
Jolly balanceneraca JollyGeologiTiadaNeraca pegas yang peka yang digunakan untuk mengukur graviti tentu dalam analisis mineral.
damped balanceneraca teredamKejuruteraanTiadaNeraca kimia yang menggunakan damspot udara atau magnet untuk memberhentikannya dengan cepat.
spring balanceneraca springKimiaTiadaNeraca yang menggunakan spring bergelung untuk menimbang berat sesuatu bahan. Pemanjangan spring berkadaran dengan berat jirim dan bergantung pada nilai graviti setempat. Objek yang sama jika ditimbang di tempat yang berlainan akan memberikan nilai berat yang berlainan.
ampere balanceneraca ampereFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetanlih. Neraca arus.
current balanceneraca arusFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanAlat untuk mengukur daya antara pengkonduksi yang membawa arus untuk menentukan nilai ampere, neraca ampere.
balanceneracaFizikMekanikAlat pengukur jisim yang terdiri daripada satu lengan tegar yang terpangsi di atas fulkrum, dan di hujung tiap-tiap lengan itu tergantung piring penimbang. Objek yang hendak ditimbang diletakkan di atas satu piring sementara beratan-beratan piawai diletakkan pada piring yang satu lagi sehingga lengan neraca tersebut mendatar dan terimbang.
thermabalanceneraca termaPertanianTiadaTiada
balanceneracaFarmasiTiadaAlat yang digunakan untuk menyukat jisim atau berat.
123456789

Kembali ke atas