nipis kulit | nipis kulit | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Memecylon spp. daripada famili Melastomaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah delek tembaga. Spesies utamanya termasuk memecylon pubescens. Gubal kayu nipis kulit biasanya berwarna lebih muda daripada teras kayunya yang berwarna coklat ungu. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata kerana mempunyai floem terkandung. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 850 hingga 1155 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak keras dan berat. Kayu ini sukar dikerjakan, boleh menumpulkan mata pemotong, lambat mengering, tidak tahan tetapi bahagian gubal kayunya mudah diawet. kayuu nipis kulit bersaiz kecil dan digunakan sebagai kayu jaras. |
ply | lapis | Kejuruteraan | Tiada | Kepingan nipis bahan yang terikat pada satu atau lebih kepingan nipis lain, misalnya kepingan nipis kayu yang membentuk kayu lapis. |
pisau nipis | pisau nipis | Kesenian | Tiada | Alat yang digunakan untuk membuang sisi-sisa ikatan yang berlebihan atau membelah rotan kecil. |
thin layer chromatography (TLC) | kromatografi lapisan nipis (TLC) | Herba | Fitokimia | Kaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik ataupun aluminium. Sampel diaplikasikan pada permukaan lapisan nipis sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian bawah. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan merendam bahagian bawah kepingan dalam sistem pelarut pembangun dan membolehkan pelarut itu meresap naik melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan sinar ultraungu atau reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. |
thin layer chromatography | kromatografi lapisan nipis | Farmasi | Tiada | Kaedah kromatografi bahan larut berdasarkan perbezaan migrasi atau pergerakannya di atas zat terjerap pada lapisan nipis di atas kaca, plastik, atau lapisan nipis yang lain. |
lamella | lamela | Perubatan | Tiada | 1. Lapisan tisu yang nipis, misalnya lamela tulang. 2. Cakera bergelatin yang nipis dan mengandungi ubat yang digunakan untuk mengubati mata. Cakera ini diletakkan di atas biji mata dan gelatin nipis tersebut akan melarut lalu membebaskan ubat untuk diserap. |
film | filem | Perubatan | Tiada | 1. Lapisan nipis. 2. Lapisan nipis bahan yang peka terhadap cahaya dan digunakan dalam fotografi dan radiografi. |
continuous strip opening | belah lapik nipis kain selari; belah lapik nipis kain terus | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
centrifugal thin layer chromatography) | kromatografi lapisan nipis emparan | Herba | Fitokimia | Kaedah kromatografi yang diubah suai daripada kromatografi lapisan tipis. Kaedah ini berasaskan gerakan eluen yang didorong oleh daya emparan di samping tindakan kapilari. Kromatografi lapisan nipis emparan menggunakan sekeping lapisan nipis yang disokong oleh kepingan kaca bulat. Kepingan tersebut diletakkan pada rotor dan diputarkan untuk menghasilkan daya emparan. Sampel diaplikasikan pada bahagian tengah kepingan kaca dan pelarut dilalukan dengan menggunakan pam atau graviti. Sebatian terpisah dalam bentuk jalur bulat boleh dikumpul melalui lelehan keluar alat tersebut. |
fermierre | potongan dadu nipis | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Potongan nipis berbentuk segi empat tepat, segi empat bujur atau segi tiga. |