Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.tis] | نوتيس

Definisi : 1. pengumuman tentang sesuatu yg akan berlaku, pemberitahuan, kenyataan; ~ pilihan raya (Udg) notis utk mengadakan pilihan raya selepas writ pilihan raya dikeluarkan; papan ~ papan kenyataan; 2. pemberitahuan awal tentang niat utk menamatkan sesuatu urusan, kontrak, kerja, dsb; dia kena ~ dia dibuang kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[no.tis] | نوتيس

Definisi : 1 kenyataan (drpd pihak polis, pegawai daerah dll) mengenai sesuatu perkara; pengumuman; maklumat. 2 surat kenyataan kerana hendak berhenti kerja atau kerana akan diberhentikan kerja: Kami terpaksa memberi ~ 24 jam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
notis (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pengumuman, pemakluman, pemberitahuan, kenyataan, maklumat, keterangan, iklan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
requisition noticenotis permintaanSosiologiTiada2. Notis Permintaan: Notis yang dikemukakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan ke atas pemilik tanah supaya menghentikan penggunaan atau mengubah suai penggunaan tanah dan bangunan.
requisition noticenotis tuntutanPentadbiran PerniagaanTiada1. Notis tuntutan: Cukai atau hutang yang dituntut oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri melalui notis. Misalnya cukai untung harta tanah dan hutang di bawah seksyen 108 5. Akta Cukai Pendapatan.
purchase noticenotis pembelianSosiologiTiadaNotis pembelian tanah oleh pihak berkuasa tertentu.
enforcement noticenotis penguatkuasaanSosiologiTiadaNotis bagi melaksanakan tindakan terhadap pembangunan yang melanggar undang-undang atau peraturan.
exercise noticenotis laksanaPentadbiran PerniagaanTiadaNotis yang dikeluarkan kepada penjual opsyen yang menunjukkan bahawa pembeli ingin memenuhi syarat-syarat kontrak opsyen.
transfer noticenotis pindahanPentadbiran PerniagaanTiadaNotis yang diberikan oleh penjual kontrak hadapan komoditi yang mengatakan hantaran akan dilakukan.
redemption noticenotis penebusanPentadbiran PerniagaanTiadaNotis yang dikeluarkan oleh badan pengeluar sesuatu sekuriti hutang untuk menebus kembali terbitan berkenaan.
expiration noticenotis tamat tempohPentadbiran PerniagaanTiadaNotis kepada insured mengenai kontrak insurans yang akan ditamatkan.
noticeof electionnotis pilihan rayaUndang-undangTiadaNotis untuk mengadakan pilihan raya selepas writ pilihan raya dikeluarkan.
notice of cancellationnotis batalPentadbiran PerniagaanTiadaNotis yang dimajukan kepada pihak yang diinsuranskan oleh pihak insurer apabila polisi insurans dibatalkan.
12345678910...

Kembali ke atas