water pollution | pencemaran air | Kimia | Tiada | Pencemaran air semula jadi oleh najis atau bahan buangan rumah atau industri. |
constitutive enzyme | enzim juzukan | Bioteknologi | Tiada | Enzim yang disintesis secara semula jadi oleh mikroorganisma dalam semua keadaan pertumbuhan, dan tidak memerlukan substrat khusus untuk mengaruh penghasilannya. bd. enzim aruhan. |
eponym | eponim | Kesusasteraan | Tiada | 1. Nama seseorang yang terkenal dengan sifat-sifat semula jadi oleh masyarakat umum sehingga nama itu menjadi ganti untuk menyatakan tentang sifat-sifat atau keadaan tertentu. |
optimum utilization of natural resources | penggunaan optimum punca keluaran | Geografi | Tiada | Penggunaan sumber semula jadi oleh saiz penduduk yang optimum di bawah keadaan teknologi dan sosio-ekonomi tertentu. |
Pele's hair | rambut Pele | Geologi | Tiada | Kaca volkano terpiuh yang terbentuk secara semula jadi oleh penerbangan keluar lava bendalir sewaktu pemancutannya yang berlaku dengan hebat sekali. |
pollution | pencemaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perubahan ciri-ciri kimia, biologi atau fizik yang tidak diingini terhadap sekitaran semula jadi oleh bahan pencemar yang terhasil daripada kegiatan manusia. |
pollution | pencemaran | Kimia | Tiada | Perubahan ciri-ciri kimia, biologi atau fizik yang tidak diingini ke atas sekitaran semula jadi oleh bahan pencemar yang terhasil daripada kegiatan manusia. Perubahan ini boleh membahayakan manusia atau hidupan lain. pencemaran memberi kesan pada air, tanah, atau atmosfera. |
ecomone/ ecohormone | ekomon | Biologi | Entomologi | Bahan semiokimia yang dirembeskan yang dirembeskan secara semula jadi oleh organisma. Bahan ini dibahagkan kepada: (a) bahan kimia yang bertindak dalam spesies dan dikenal sebagai feromon, (b) bahan kimia yang bertindak antara spesies dan dikenal sebagai alomon, kairomon, dan sinomon, dan (c) bahan kimia yang dikeluarkan oleh bahan busuk dan dikenal sebagai apneumon. |
microbial biopolymer | biopolimer mikrob | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Bahan biopolimer seperti polisakarida, poliester dan poliamida dihasilkan secara semula jadi oleh mikroorganisma. Contoh biopolimer mikrob ialah gam xantan yang dirembeskan oleh bakteria Xanthomonas campestris. Gam xantan digunakan sebagai agen pemekat dan penstabil makanan. |
natural level | paras semula jadi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Suatu stratum lapisan tanah yang terbentuk secara semula jadi yang tidak terganggu oleh sebarang aktiviti sama ada manusia, haiwan dan alam semula jadi. Kaedah pengamatan digunakan untuk mengenal pasti lapisan ini. Paras semula jadi juga berperanan sebagai permulaan kemunculan budaya, penempatan dan aktiviti di sesuatu tapak arkeologi. Di tapak gua, batu hampar merupakan tanda bermulanya lapisan semula jadi. Contohnya, di Gua Cha (Kelantan), Gunung Senyum (Pahang) dan Gua Harimau (Perak). |