press ganged | kerah | Sejarah | Tiada | Kumpulan orang yang ditugaskan di bawah pengawalan pegawai tertinggi mempunyai kuasa mengarah orang-orang awam menyertai angkatan tentera atau biasanya tentera laut. |
war peril | peril perang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dalam insurans marin, istilah ini bermaksud peril tawanan, rampasan, penangkapan, penahanan putera raja, orang awam, orang yang terlibat dalam peperangan, kelengkapan peperangan bom, periuk api, torpedo atau sebarang tindakan bermusuhan. |
non-combatant | bukan penempur | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Berkaitan dengan orang-orang yang tidak mengambil bahagian dalam permusuhan. Golongan bukan penempur terdiri daripada orang awam, tawanan perang, anggota perubatan dan golongan agama angkatan bersenjata. Mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa, golongan bukan penempur ini tidak boleh disasarkan dalam sesuatu konflik bersenjata. |
distinction principle | prinsip pembezaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Salah satu prinsip yang perlu diikuti oleh pihak-pihak berperang seperti mana yang digariskan dalam cara berperang menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Prinsip ini membezakan pihak yang terlibat dengan perang, iaitu penempur dan objek ketenteraan dengan orang awam dan objek awam. Prinsip ini perlu bagi mengetahui apakah perkara yang boleh dan perkara yang tidak boleh dijadikan sasaran perang. Menurut prinsip ini, orang awam dan objek awam tidak boleh dijadikan sasaran perang walaupun atas alasan untuk membalas serangan. Pihak-pihak yang bersengketa seharusnya dapat membezakan antara penempur dengan orang awam supaya dapat menyelamatkan orang awam dan objek awam yang tidak terlibat dengan perang. |
mould | kulapuk | Biologi | Mikologi | Istilah yang digunakan oleh orang awam untuk merujuk kepada kulat yang membentuk lapisan tampak yang terdiri daripada miselium dan/atau spora di permukaan makanan, dinding, dan sebagainya, tetapi tidak membentuk jasad buah makroskopik. |
City Beautiful Movement | Gerakan Keindahan Kota | Landskap | Tiada | Kumpulan orang awam dan profesional di Amerika Syarikat yang muncul sesudah Eksposisi Agung Chicago. Mereka aktif dalam menyedarkan kerajaan supaya membangunkan dan mengindahkan bandar raya di negara tersebut. |
toadstool | cendawan payung | Biologi | Mikologi | Nama yang sering digunakan oleh orang awam untuk merujuk kepada cendawan yang tidak boleh dimakan. |
commoner | rakyat jelata; orang kebanyakan; orang awam | Sejarah | Tiada | Orang yang bukan dari golongan bangsawan. |
raindeer moss | lumut rusa | Biologi | Mikologi | Nama am yang digunakan oleh orang awam untuk Cladonia rangifera yang menjadi makanan kesukaan rusa di kawasan beriklim sejuk. |
biological terrorism | keganasan biologi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Keganasan terhadap orang awam yang melibatkan penggunaan agen biologi untuk mencapai matlamat yang bersifat politik, agama atau ideologi. Tindakan ini dilakukan melalui ugutan, paksaan atau dengan menanamkan rasa takut kepada sesuatu pihak. Contohnya, tindakan keganasan terhadap sesebuah negara dengan menggunakan agen biologi seperti bakteria, virus atau toksin. |