Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg masih muda; b) pemuda; c) Mn tukang salung (tari dll); d) (biasanya) pelaku utama lelaki dlm bangsawan dll, hero; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Pinang tua beraga-raga,
     Pinang muda bertemu hati;
Orang tua mengada-ngada,
     Orang muda apa lagi.


Lihat selanjutnya...(111)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
young personorang mudaKependudukanTiadaTiada
young personorang mudaUndang-undangTiadaTiada
ghazal/ghazelghazalKesusasteraanPuisiPuisi lirik yang berasal dari Parsi dan digunakan sebagai nyanyian di kalangan orang muda dalam percintaan, bentuknya terdiri daripada lapan baris satu bait, dan rima akhirnya sama. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisi. Kekasihku seperti nyawa adalah terkasih dan mulia juga, Dan nyawaku pun, mana daripada nyawa itu jauh ia juga; Jika seribu tahun lamanya pun hidup ada sia-sia juga
youthquakegempa beliaSosiologiTiadaPerubahan budaya, politik atau sosial yang berlaku secara besar-besaran hasil daripada tindakan atau pengaruh orang muda.
physiologic tooth movementgerakan gigi fisiologiPerubatanTiadaKecondongan gigi dalam soket semasa berfungsi dan perubahan posisi gigi yang berlaku pada orang muda semasa dan selepas pengeruptan.
chlamysmantel klamisSejarahTiadaMantel selendang segi empat yang berukuran 5' atau 6' x 3', dikancing pada bahagian bahu kanan atau bahagian hadapan. Mantel ini dipakai oleh pengembara, orang muda, tentera dan pemburu berbangsa Yunani pada Zaman Purba.
chlamysmantel klamisKesenianTiadaMantel selendang segi empat yang berukuran 5' atau 6' x 3', dikancing pada bahagian bahu kanan atau bahagian hadapan. Mantel ini dipakai oleh pengembara, orang muda, tentera dan pemburu berbangsa Yunani pada Zaman Purba.
anabasisanabasisKesusasteraanPuisiGaya klimaks, iaitu membentuk beberapa gagasan berturutan yang semakin jelas kesan pernyataannya. Contohnya, petikan gurindam 'Hari Nak Siang'. Tengah malam sudah terlampau, Dinihari belum lagi tampak, Budak-budak dua kali jaga; Orang muda pulang bertandang: Orang tua berkalih tidur; Embun jantan rintik-rintik, ...
Commedia dell�artecommedia dell�arteKesusasteraanTiadaBentuk drama komik yang terdapat di Itali pada pertengahan kurun ke-16. Dua aspek penting commedia dell arte ialah improvisasi dan watak stok. Para pelakon mengimprovisasikan cerita berdasarkan senario cerita. Gaya persembahan- nya hampir sama dengan bangsawan yang menggunakan improvisasi dan watak stok. Watak stok boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, watak lurus yang diwakili oleh remaja atau orang muda yang sedang bercinta, dan watak tampak cerdik, kacak dan berpelajaran. Orang muda atau hero dikenali sebagai innamorato atau amoroso, manakala heroin dipanggil innamorata. Kedua, watak luar biasa yang beraksi dan berkelakuan secara berlebih-lebihan. Contohnya, capitano, pantalone, dottore dan harlequin.
kabukikabukiKesusasteraanTiadaTeater tradisi Jepun yang merangkumi unsur muzik, tari, dan dialog. Teater ini dimulakan oleh Okuni, seorang penari perempuan Jepun pada tahun 1603. Hampir semua drama kabuki berbentuk melodrama. Setiap drama mengandungi beberapa episod dan apabila disambungkan episodnya menjadi suatu persembahan yang panjang. Drama kabuki boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, Jidaimono, iaitu cerita sejarah yang mengisahkan nilai tradisi Samurai. Kedua, Sewamono yang menceritakan tentang kaum pedagang. Kabuki menggunakan cara persembahan yang dilebih-lebihkan dan mencantumkan gaya deklamasi dengan gerak tarian. Peranan utama dalam kabuki dibahagikan kepada Tachiyaku, iaitu orang yang taat setia, Katakiyaku, orang yang jahat, Wakashukata, orang muda, Dokekata, pelawak yang baik dan yang jahat, dan Onnagata yang merupakan peranan perempuan yang dimainkan oleh lelaki. Chikamatsu Monzameon (1653-1724) merupakan dramatis kabuki yang terkenal dan beliau menulis antara 25 hingga 50 buah drama. Seorang lagi penulis drama k
12

Kembali ke atas