orange sauce | sos oren | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sos daripada demi-glas yang dicampur jus oren, kulit oren dan serbuk cayenne. |
Orange Book | Buku Oren | Teknologi Maklumat | Tiada | Nama tidak formal bagi dokumen yang mentakrifkan piawaian CD boleh rekod. Buku Oren adalah susulan kepada Buku Merah. Buku Oren ini mentakrifkan spesifikasi teknologi CD-R, CD-RW dan CD-MO serta CD-foto. Buku Oren ini dibangunkan pada tahun 1990 oleh Philips dan Sony. Buku Oren ini disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna oren. Banding Buku Merah, Buku Biru dan Buku Kuning. |
Orange Book | Buku Oren | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Dokumen rasmi untuk set penetapan paras keselamatan dan kepercayaan dalam prasarana komunikasi seperti rangkaian sistem komputer. Nama rasmi Buku Oren ialah Kriteria Penilaian Sistem Komputer Terpercaya (TCSEC). Buku Oren disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna oren dan merupakan sebahagian daripada siri buku Pelangi terbitan NCSC. Dokumen ini digubal pada penghujung tahun 1970-an oleh Pusat Keselamatan Sistem Komputer Kebangsaan (NCSC) dan Jabatan Pertahanan |
orange juice | jus oren | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Air perahan oren. |
orange peel | kulit oren | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Lapisan luar buah oren. |
orange peel finish | kemasan kulit oren | Kesenian | Tiada | Kemasan yang rupanya kelihatan seperti kulit oren. |
oil of orange blossoms | minyak bunga oren | Farmasi | Tiada | Minyak perlu dengan aroma oren yang larut dalam alkohol dan digunakan untuk minyak wangi dan perisa. minyak neroli. |
orange cake | kek kulit oren | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kek yang diperbuat daripada tepung, mentega, telur dan sebagainya, dengan campuran kulit oren yang disagat halus sebagai bahan perasa utama. |
carotene | karotena | Biologi | Histologi dan Sitologi | Kumpulan pigmen merah atau oren, iaitu hidrokarbon tak tepu (C40H56) yang membolehkan tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan memperoleh warna merah dan oren. Pigmen ini mempunyai gelang iodin-B dan karoten-B tak boleh ganti dan terdapat di dalam kromatofor Phytomastigna dan kloroplas tumbuh-tumbuhan yang bertindak sebagai pemula vitamin. |
orange | oren | Pertanian | Tiada | Tiada |