Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wrenchperengkuhMekanikGunaan1. Sistem daya yang terbentuk daripada satu daya paduan dan satu ganding yang selari. Sebarang sistem daya umum boleh digantikan dengan perengkuh yang unik. vektor daya paduan dan vektor ganding paduan yang membentuk perengkuh bertindak di sepanjang suatu garis tindakan yang unik bagi sesuatu sistem daya umum yang diwakili oleh perengkuh itu. kelaziman tanda menentukan bahawa perengkuh adalah positif sekiranya vektor daya dan vektor ganding yang membentuk perengkuh itu bertindak pada hala yang sama; perengkuh adalah negatif jika kedua-duanya bertindak pada hala yang berlawanan. 2. Sejenis alat kejuruteraan yang digunakan dengan cara memutarkannya di sekitar suatu paksi untuk menghasilkan gerakan di sepanjang paksi itu. contoh perengkuh yang biasa ditemui ialah sepana.
resultanthasilan; paduanKejuruteraanTiada1. Vektor yang diperoleh, melalui segi empat selari vektor, yang setara dengan dua vektor lain.,= 0. Sinonim: eliminan.
angle of frictionsudut geseranMekanikGunaanSudut di antara garis tindakan daya tindak balas R pada permukaan sentuh bergeseran dengan arah normal ke permukaan itu [Rajah S14], dengan R ialah paduan bagi tindak balas normal N dan daya geseran F. Nilainya f diberikan oleh ungkapan f = tan-1 (F/N). Lihat juga sudut geseran kinetik, sudut geseran statik.
Udden-Wentworth grade scaleskala gred Udden-WentworthKejuruteraanPetroleumSistem pengelasan atau penggolongan sedimen kelas/gersik mengikut gred saiz yang tertentu berdasarkan saiz butiran. Saiz butiran diwakili oleh diameter butiran yang diukur dalam unit mm. Penggolongan atau pembatasan gred saiz dibuat berdasarkan angka 2 termasuk angka-angka terbitan hasil perkalian kuasa daripada angka 2 tersebut. Angka-angka batas yang dipilih ialah 2, 1/16, 1/256 untuk mengelaskan sedimen kepada golongan rudit, arenit dan argilit. Skala pengelasan ini adalah hasil paduan dua skala, iaitu skala Udden (1932) dan skala Wentworth (1933).
transmissivityketerusanHidrogeologiTiadaKadar penerusan air pada kelikatan kinematik yang ada melalui satu unit lebar akuifer di satu unit gradien hidraulik. Walaupun dikatakan sebagai sifat akuifer, keterusan juga mencakup ketebalan lapisan tepu dan sifat cecair yang dikandunginya. Hal ini sama dengan suatu paduan kekonduksian hidraulik merentasi bahagian tepu akuifer tegak lurus kepada lintasan pengaliran (USGS). (Dimensi: L2T-1) Ruj.: Hantush 1964, (Theis 1935, memperkenalkan konsep ini sebagai �koefisien keterusan�) Sin.: koefisien keterusan

Kembali ke atas