conventional planting | tanam konvensional | Pertanian | Agronomi | Kaedah penanaman yang biasa diamalkan. Contohnya, bagi tanaman padi, benih ditanam di dalam semaian kemudian diubah ke sawah secara manual. Kaedah baru yang diamalkan pula ialah dengan menabur terus benih padi ke sawah, menggunakan mesin penabur. Bagi tanaman getah pula, tanam konvensional melibatkan jarak tanaman 9 meter x 12 meter, tanpa tanaman lain manakala kaedah tanaman baru yang diperkenalkan dan dinamakan pepagar dua baris mempunyai jarak 22 meter antara pepagar. Antara barisan pagar ini boleh ditanam dengan tanaman lain atau diamalkan penternakan. |