Warsaw Pact | Pakatan Warsaw | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pakatan yang ditubuhkan pada bulan Mei 1955 sebagai tindak balas terhadap penyertaan Republik Persekutuan Jerman sebagai anggota NATO. Pakatan ini diketuai oleh Kesatuan Soviet dan dilihat oleh Barat cuma sebagai satu pertubuhan untuk mengesahkan kehadiran tentera Kesatuan Soviet di negara anggotanya, iaitu Bulgaria, Czechoslovakia, Republik Demokratik Jerman, Hungary, Poland dan Romania. Keruntuhan kuasa Kesatuan Soviet di Eropah Timur pada tahun 1989 telah menyebabkan keruntuhan pakatan ini. Pada bulan November 1990 di Persidangan Paris, anggota pakatan ini mengisytiharkan bahawa aspek ketenteraan pakatan ini telah mati dan selepas tahun 1991, pakatan ini tidak lagi berfungsi. |
Baghdad Pact | Pakatan Baghdad | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pakatan yang ditubuhkan pada tahun 1955 di Baghdad, Iraq hasil daripada persetujuan antara pemimpin Iraq dengan Turki. Tujuan pakatan ini adalah untuk menjalin kerjasama keamanan dan pertahanan. Kedua-dua negara bersedia memberikan bantuan ketenteraan kepada negara Timur Tengah sekiranya diminta. Pakatan ini kemudiannya turut disertai oleh Britain (April 1955), Pakistan (September 1955) dan Iran (Oktober 1955). Pada tahun 1959, Iraq keluar daripada pakatan tersebut berikutan peristiwa kudeta yang berlaku pada 14 Ogos 1958. |
najash | pakatan | Perniagaan Islam | Tiada | Usaha sama untuk mempengaruhi harga jualan atau belian. Contoh pakatan dalam jualan lelongan adalah apabila para pembeli berpakat untuk tidak meletakkan harga belian yang tinggi. Contoh pakatan dalam belian adalah apabila para pembeli berpakat membeli dengan kuantiti yang banyak sehingga harga meningkat. |
anti-Comintern | anti-Comintern | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pakatan antara Jerman dengan Jepun yang dimeterai pada tahun 1936 untuk tempoh lima tahun bagi kerjasama menentang kegiatan Comintern. Pakatan ini terus berkembang dengan penyertaan Itali pada tahun 1937. Pada tahun 1939, Hungary dan Sepanyol turut menyertainya. Pakatan ini terbantut perkembangannya apabila Jerman dan Rusia menandatangani persetujuan untuk tidak menceroboh antara satu sama lain pada 28 September 1939. Namun demikian, pakatan ini kembali kukuh melalui persetujuan tiga negara, iaitu Jepun, Itali dan Jerman pada 27 September 1940. Persetujuan tiga negara ini berpaksikan penentangan terhadap Amerika Syarikat. Pakatan ini dilanjutkan tempohnya, iaitu lima tahun melalui persetujuan bersama di Berlin pada 25 November 1941. Keanggotaannya juga berkembang dengan penyertaan Bulgaria, Romania, Denmark dan Finland. Sinonim anti-Komunis Antarabangsa. |
explicit collusion | pakatan tak tersirat | Ekonomi | Tiada | Pakatan atau perjanjian antara firma yang dibuat secara terbuka. |
conspiracy | pakatan sulit | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Persetujuan antara dua pihak atau lebih untuk melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang, sama ada dalam bentuk jenayah atau tort, ataupun untuk melakukan sesuatu perbuatan melalui cara-cara yang salah, sama ada ia dilakukan atau tidak. Pakatan sulit merupakan satu tort apabila pihak yang tercedera berhak mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan ganti rugi. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, pakatan sulit untuk melakukan sesuatu jenayah merupakan satu jenayah. Sinonim konspirasi. |
alliance | perikatan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pakatan atau gabungan antara dua atau lebih negara yang dibentuk untuk melindungi kepentingan bersama, seperti dalam hal pertahanan. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, pembentukan sesebuah perikatan merupakan keputusan politik negara-negara berkenaan. Contohnya, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Pakatan Warsaw. Perjanjian yang membentuk perikatan-perikatan ini memperuntukkan bahawa serangan musuh terhadap salah satu anggota perikatan dianggap sebagai serangan terhadap semua anggota perikatan. Oleh sebab itu, semua anggota perikatan perlu mempertahankan negara yang diserang. |
Peloponnesian War | Perang Peloponesia | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Peperangan yang bermula pada tahun 431 SM antara dua pakatan tentera yang diketuai oleh Athens dan Sparta. Punca permusuhan yang mengakibatkan peperangan ini ialah persaingan perdagangan dan kekuasaan tentera laut antara Athens dengan Corinth. Athens merupakan salah sebuah negara bandar Greek yang berpengaruh dan mengetuai pakatan yang terdiri daripada beberapa buah negara bandar lain seperti Rhodes, Miletus dan Corcyra, manakala Corinth pula merupakan salah sebuah negara bandar yang menganggotai Liga Peloponesia, iaitu pakatan yang diketuai oleh Sparta. |
pact | pakatan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
pact | pakatan | Undang-undang | Tiada | Tiada |