Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.las.pa.las] | ٢ ڤالس

Definisi : rak atau para-para tempat men­jemur dll; rumah ~ rumah atau tempat tinggi utk menjaga (mengawasi) dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata palas-palas

Puisi
 

Pucuk palas si daun palas,
     Tetak mari beranti-ranti;
Bukan berbudi minta balas,
     Asal ingat dalam hati.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accordion doorpintu palasKesenianTiadaTiada
kelarai belah ketupatkelarai belah ketupatKesenianTiadaCorak anyaman berunsur makanan berbentuk ketupat palas yang dibelah.
linaub silar(Mur.)linaub silar(Mur.)KesenianTiadaMotif anyaman berunsur tumbuhan berbentuk daun palas.
minor forest productskeluaran minor hutanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSemua keluaran hutan selain daripada keluaran utama termasuk buah-buahan hutan, seperti keranji, dabai dan tampoi; daun seperti daun mengkuang dan palas; eksudat seperti damar dan lateks; kulit kayu bakau dan hasil daripada haiwan, seperti madu lebah dan embalau.
compound palmatedaun majmuk palmatBotaniTiadaDaun majmuk yang anak-anak daunnya terbentuk di hujung petiol dan memecah seperti jari-jari terbuka. Daun ini terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu trifoliat, kuadrifoliat dan mulufoliat. Contohnya, daun palas dan daun kacang tanah.
Compound leafDaun majmukPertanianTiadaDaun yang mempunyai lebih daripada satu anak daun yang tersusun pada rakis atau pelepah. Terdapat pelbagai jenis daun majmuk iaitu majmuk pinat, bipinat, trifoliat dan palmat. Contohnya daun belimbing, ubi kayu, legundi, lemuni, tenggek burung dan palas.
compound leafdaun majmukHerbaBotani dan BioteknologiDaun yang mempunyai lebih daripada satu anak daun yang tersusun pada rakis atau pelepah. Terdapat pelbagai jenis daun majmuk, iaitu pinat, bipinat, trifoliat dan palmat. Contoh daun majmuk ialah daun belimbing, daun ubi kayu, daun legundi, daun lemuni, daun tenggek burung dan daun palas.
selokaselokaKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�.

Kembali ke atas