bone lace | biku; renda Palembang; renda tetulang | Kesenian | Tiada | 2. Renda Palembang: Renda buatan tangan yang reka bentuknya dilakar terlebih dahulu dan kemudian dilekapkan di atas bantal atau kusyen dengan pin dan benang, ditenun dengan melilitkan benang pada sekeliling pin tersebut. |
bone lace | biku; renda Palembang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Biku: Lipatan pada tepi kain, baju dan lain-lain untuk perhiasan.,2. Renda Palembang: Renda buatan tangan yang reka bentuknya dilakar terlebih dahulu dan kemudian dilekapkan di atas bantal atau kusyen dengan pin dan benang, ditenun dengan melilitkan benang pada sekeliling pin tersebut. |
hikayat | hikayat | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang berisi cerita, sejarah atau cerita roman fiktif bertujuan untuk hiburan, pembangkit semangat juang dan memeriahkan pesta. Contoh: Hikayat Hang Tuah, Hikayat Perang Palembang, Hikayat Seribu Satu Malam. |
terasul | terasul | Kesusasteraan | Tiada | Kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba. |
epigraphy | epigrafi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Bat |